4 Syarat Poligami

Poligami-Why-Not

Poligami-Why-Not

Poligami dari sudut bahasa adalah menghimpunkan berbilang isteri dalam satu masa. Mengikut Kamus Dewan, poligami bererti amalan beristeri lebih daripada seorang pada masa yang sama. Dalam bahasa arab, poligami disebut Ta’addad al-Zawjat تعدد الزوجات . Asal perkataan Ta’addad (تعدد) bererti bilangan, manakala perkataan al zawjat (الزوجات) diambil dari perkataan al-zawjat (الزوجة) yang bererti isteri. Dua perkataan tersebut apabila digabungkan membawa erti isteri yang banyak atau berbilang-bilang. Maka poligami bolehlah dimaksudkan sebagai berkahwin lebih daripada seorang iaitu lawan kepada perkataan monogamy yang membawa erti berkahwin dengan seorang wanita sahaja. Ia juga berlawanan dengan perkataan poliandri iaitu amalan bersuami lebih daripada seorang dalam satu-satu masa.

Dalil dari al-Quran:

1. Surah an-Nisa’ (4);3

وَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِى اليَتَامَى فَانكِحُوا مَاطَابَ لَكُم مِّنَ النِسَآءِ مَثْنَى وَثُلَثَ وَرُبَعَ فَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْمَامَلَكَتْ أَيْمَنُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَىۤ أَلاَّ تَعُولُوا “dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah denganseorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman”

2. surah an-Nisa’ (4):129

وَلَن تَسْتَطِيعُوۤا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ المَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا “dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayang, sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang, dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.”

3. As-sunnah

وعن ابن عمر قال : أسلم غيلان بن سلمة وتحته عشرة فقال له النبس (ص) خذ منهن أربعا Imam Ahmad, Ibn Majah, Tirmizi, Hakim, Dar al-Qutni, Haithami dan Baihaqi melaporkan daripada Ibn Umar, Ghailan bin Salamah al-Thaqafi memeluk Islam sedangkan pada masa yang sama mempunyai 10 orang isteri. Maka Rasulullah SAW berkata, “ Pilihlah daripada kalangan mereka empat orang sahaja.” عن قيس بن الحارث قال : أسلمت وعندي ثمان نسوة فأتيت النبى (ص) فذكرت له ذلك فقال اختر منهن أربعا Daripada Qais bin al-Harith beliau berkata : “Ketika aku masuk Islam, aku mempunyai lapan orang isteri kemudian datang Rasulullah saw menyuruh aku memilih dari kalangan mereka empat orang” (Abu Daud)

polygami1

Poligami adalah salah satu di antara syariat Islam. Poligami juga adalah syariat yang banyak juga ditentang di antara kaum muslimin. Yang katanya merugikan wanita, menurut mereka yang memegang kaedah emansipasi perempuan.

Namun poligami sendiri bukanlah seperti yang mereka fikirkan. Para ulama menilai hukum poligami dengan hukum yang berbeza-beza. Salah satunya adalah Syaikh Mustafa Al-Adawiy. Beliau menyebutkan bahawa hukum poligami adalah sunnah. Dalam kitabnya ahkamun nikah waz zafaf, beliau meletakkan EMPAT syarat untuk lelaki berpoligami :

1- Seorang yang mampu berlaku adil

Seorang pelaku poligami, harus memiliki sikap adil di antara para isterinya. Tidak boleh ia berat sebelah kepada salah satu isterinya. Hal ini akan mengakibatkan berlakunya kezaliman kepada isteri-isterinya yang lain tanpa dia sedari. Nabi SAW bersabda (yang ertinya), Siapa saja orangnya yang memiliki dua isteri lalu lebih cenderung kepada salah satunya, pada hari kiamat kelak ia akan datang dalam keadaan sebahagian tubuhnya miring. (HR. Abu Dawud, An-Nasa-i, At-Tirmidzi)

Selain adil, ia juga harus menjadi seorang yang tegas didalam pendirian dalam membuat apa jua keputusan. Kerana hanya ketegasan sahaja boleh menjadi salah satu benteng untuk seseorang itu berlaku adil jika isterinya merayu agar dia tetap bermalam di rumahnya, padahal malam itu adalah giliran bermalam di tempat isteri yang lain. Maka ia harus tegas menolak rayuan salah satu isterinya untuk tetap bermalam di rumahnya.

Jadi, jika ia tak mampu melakukan hal itu, maka cukup sahaja satu isteri dan lelaki tadi belum bersedia untuk berpoligami. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “…kemudian jika kamu khuatir tidak mampu berlaku adil, maka nikahilah satu orang saja…” (QS. An-Nisa: 3)

2- Aman dari lalai beribadah kepada Allah SWT

Seorang yang melakukan poligami, seharusnya menambah ketakwaannya kepada Allah SWT, dan rajin dalam beribadah. Namun ketika setelah ia melaksanakan syariat tersebut, tetapi lalai dalam melakukan ibadah, maka poligami menjadi fitnah baginya. Dan ia bukanlah orang yang mampu dan layak dalam melakukan poligami.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka… (QS. At-Taghabun: 14)

3- Mampu menjaga para isterinya

Sudah menjadi kewajiban bagi suami untuk menjaga isterinya. Sehingga isterinya terjaga akan agama dan kehormatannya. Ketika seseorang lelaki itu berpoligami, perempuan yang ia jaga tidak hanya seorang, namun lebih dari seorang. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, dia haruslah menjaga dan membimbing para isterinya agar tidak terjerumus dalam keburukan dan kerosakan.

Misalnya seorang yang memiliki tiga orang isteri, namun ia hanya mampu memenuhi keperluan untuk dua orang isterinya sahaja. Sehingga ia mengabaikan isterinya yang lain. Dan hal ini adalah sebuah kezaliman terhadap hak seorang isteri yang mutlak. Kesan buruk yang paling parah terjadi, sekiranya isteri yang diabaikannya tadi akan mencari kepuasan diluar selain suaminya sehingga melakukan dosa besar seperti berzina. Wal iyyadzubillah!

Padahal Nabi SAW bersabda (yang ertinya), Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang memiliki kemampuan untuk menikah, maka menikahlah… (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4- Mampu memberi nafkah zahir

Hal ini sangat jelas, kerana seorang yang berpoligami, wajib mencukupi keperluan nafkah zahir para isterinya. Bagaimana dia ingin berpoligami, sedangkan nafkah untuk seorang isteri sahaja belum cukup? Orang seperti ini belum layak dan adalah dinasihatkan sama sekali untuk dilarang berpoligami.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), Dan orang-orang yang tidak mampu menikah, hendaklah menjaga kesucian (dirinya), sampai Allah memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnianNya… (QS. An-Nur: 33)

Demikian artikel ringkas berkenaan isu poligami. Poligami adalah syariat mulia yang bernilai ibadah. Namun untuk melaksanakan syariat tersebut memerlukan ilmu, dan faham akan syarat-syaratnya. Jika anda merasa tidak mampu memenuhi 4 syarat di atas, maka jangan cuba berangan-angan untuk berpoligami.

Semoga bermanfaat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/