4 Tanda Wanita Jatuh Cinta

Tanda Wanita Jatuh Cinta
Tanda Wanita Jatuh Cinta

Tanda Wanita Jatuh Cinta

Pernahkah anda merasai manisnya saat dan kenangan jatuh cinta dengan lelaki atau wanita yang diminati? Biasanya kenangan jatuh cinta buat kali pertama adalah kenangan yang paling manis dalam hidup seseorang apatah lagi jika cintanya itu tidak hanya bertepuk sebelah tangan sahaja dan mendapat respons yang positif dari pihak si dia.

Pada artikel kali ni admin PB hendak membicarakan perubahan atau tanda yang ada pada wanita apabila dia jatuh cinta. WANITA, apabila jatuh cinta rasanya seperti pertama kali mengikuti kelas gym. Menyakitkan tapi banyak hal-hal luar biasa yang rasanya sukar untuk diungkapkan. Tak ramai yang memahami mengapa wanita sebegitu, kerana hanya segelintir mereka yang memahami. Cinta menjadi perasaan aneh yang membuat wanita boleh tersenyum sepanjang hari sehingga membuat mereka kelihatan seperti orang gila. Betul bukan? Berikut hal tentang cinta yang hanya dirasakan oleh wanita.

1. Tidak Memahami Kenapa Orang Lain Tidak Optimistik

Wanita yang sedang bercinta akan berfikir bahawa isi seluruh dunia ini mengagumkan, mereka menikmati hidup, dan segala keindahannya. Wanita hairan mengapa ada orang-orang yang tidak dapat menikmati hidup dan tidak menyedari sebenarnya mereka beruntung.

2. Cemas Bila Terpisah Dari Kekasih

Kecemasan wanita berlaku amat cepat ketika terpisah dari kekasih, walau mereka baru bertemu beberapa jam yang lalu. Wanita benar-benar rindu dan merasakan kehidupan tidak lengkap bila kekasih tiada disampingnya.

3. Berubah Memandang Kebahagiaan

Ketika masih bergelar seorang gadis, wanita suka pergi ‘melepak’ dengan kawan-kawannya. Mereka menghabiskan masa menjalankan hobi dan membeli-belah. Namun, setelah bertemu jodoh, wanita lebih suka menghabiskan masa di rumah menonton drama atau filem dengan pasangannya.

4. Asyik Menyebut Nama Kekasih

Bila wanita jatuh cinta, mereka akan bercakap tentang kekasihnya tanpa henti. Ini terjadi kerana lelaki selalu hadir di fikirannya. Malah, wanita selalu mewujudkan pertalian apa pun dengan lelaki tersebut.

Jika anda merasakan perasaan sebegini maka anda benar-benar telah jatuh cinta. Cinta itu ibarat sambal belacan. Walaupun pedas, tetap ditelan jua kerana kemanisan yang tersirat itu tidak dapat dirasakan oleh lidah tetapi hati sahaja yang dapat merasakan keenakannya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/