4 Tips Atasi Karang Gigi

Tips Atasi Karang Gigi

Karang gigi merupakan plak gigi yang boleh mengganggu penampilan. Ini adalah kerana ia berkumpul dan menempel di bahagian celahan gigi sehingga membuatkan gigi menjadi kotor dan tidak terjaga. Selain itu, kehadiran karang gigi ini juga boleh menyebabkan mulut anda mengeluarkan bau yang tidak sedap. Ini adalah kerana terdapat gangguan sistem penghadaman dan pernafasan serta terjadinya infeksi pada gusi.

Plak gigi itu sendiri terjadi akibat air liur yang mengandungi garam telah bercampur dengan asid yang terdapat pada sisa makanan yang dimakan. Terbentuknya karang atau plak gigi pertama kali biasanya menyebabkan warna kuning pada gigi. Jika tidak di atasi dengan cepat ia akan menyebabkan gigi anda berwarna kehitaman. Jadi,ketika anda melihat adanya plak atau karang gigi ini maka anda harus segera mencari cara menghilangkan karang gigi tersebut.

Berikut beberapa cara menghilangkan karang gigi yang boleh anda lakukan.

1. Khasiat Buah Melon

Buah melon juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan karang gigi. Buah melon mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan secara rutin. Melon mengandungi serat semulajadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi.

2. Makan Buah Epal

Anda boleh cuba cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas karang gigi secara semulajadi. Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi anda menjadi lebih bersih dan putih.

3. Memberus Gigi Secara Teratur

Untuk mengatasi terjadinya karang gigi, anda perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi anda akanmenjadi lebih bersih, mulut tetap harum serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Cara menghilangkan karang gigi ini boleh mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh mengundang karang gigi.

4. Perbanyakan Minum Air

Minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara menghilangkan karang gigi yang efektif dan paling senang. Anda tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk menghilangkan karang gigi dengan cara ini. Ini adalah kerana air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk karang gigi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/