4 Tips Atasi Mata Panda

Tips Atasi Masalah Mata Panda
Tips Atasi Masalah Mata Panda

Tips Atasi Masalah Mata Panda

Adakah anda ingin tahu cara atau tips atasi masalah mata panda yang berkesan? Apa yang anda faham dan bayangkan bila admin sebut pasal masalah mata panda ini? Baiklah, biar admin je yang terangkan apa yang menyebabkan masalah mata panda ini berlaku pada diri kita.

Mata panda biasanya disebabkan anda kurang tidur. Kerap berjaga malam atau tidur lewat malam membuatkan mata anda menjadi penat sehingga lama-kelamaan akan menimbulkan lingkaran hitam pada mata. Itulah yang dikatakan atau dipanggil mata panda! Baca artikel ini sampai habis. Mata panda merupakan suatu perkara yang sememangnya boleh merosakkan penampilan dan ianya harus diatasi.

Berikut dibawah ini adalah beberapa tips atau pun cara bagaimana untuk atasi masalah mata panda yang boleh anda cuba agar mata anda nampak segar bugar dan berkeyakinan tinggi bila berjumpa dan berhadapan dengan orang ramai.

1. Pakai Concealer

Cara paling mudah untuk menghilangkan mata panda atau menyamarkan lingkaran hitam ialah dengan memakai concealer sebelum anda memakai mekap.

2. Aplikasikan Masker Kentang

Kentang banyak digunakan sebagai masker. Ia juga boleh anda aplikasikan pada mata panda anda. Ambil sebiji kentang, cuci hingga bersih dan kisar. Ambil sedikit dan letakkan pada bahagian bawah kantung mata anda, biarkan hingga 30 minit Kemudian bilas dengan menggunakan lap air suam. Lakukan cara ini tiga kali dalam seminggu.

3. Guna Ais Batu

Biarpun dikatakan kurang, namun cara ini boleh juga anda cuba. Ambil ais batu, kemudian celupkan tuala lembut tersebut ke dalam air batu dan biarkan sehingga ais batu tersebut meresap di tuala. Gunakan tuala tadi untuk menekap di wajah. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, lakukuan dua kali sehari, terutama sebelum anda tidur pada malam hari.

4. Pakai Senduk Yang Telah Disejukkan

Cara menghilangkan mata panda ini cukup mudah. Letakkan senduk dalam peti sejuk dan biarkan sehingga 20 minit. Kemudian letakkan pada kawasan bawah mata yang menghitam. Biarkan sehingga suhu senduk kembali pada suhu normal. Kesejukkan pada senduk akan memberikan efek untuk menyegarkan mata anda yang penat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/