4 Tips Berhenti Bertengkar

Berhenti Bertengkar
Berhenti Bertengkar

Berhenti Bertengkar

Pertengkaran suami isteri untuk menegakkan hak masing-masing adalah asam garam dalam rumahtangga. Bagaimana cara untuk anda berhenti bertengkar? Kadang kala pertengkaran yang berlaku berlanjutan dalam tempoh yang agak lama dan ini adalah situasi atau environment yang tidak sihat kepada anak-anak dan jiran tetangga. Adakah dengan mengalah akan membuatkan ego anda sebagai seorang lelaki tercalar? Jawapannya tidak, kerana bila kita berhenti bertengkar dengan pasangan bukan bermakna kita salah atau pun takut tetapi kita telah mengambil jalan yang paling bijak untuk meredakan keadaan.

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Memang mustahil untuk pasangan bercinta mahupun yang sudah pun berkahwin tidak bertengkar langsung. Ramai yang berpendapat bergaduh di dalam satu perhubungan merupakan cara komunikasi yang jujur dan terbaik. Namun begitu, sekiranya pergaduhan menjadi keruh takut nanti ia akan menjejaskan perhubungan anda berdua pula.

Di bawah ini admin ada 4 tips untuk pasangan berhenti bertengkar dengan cepat.

1. Selitkan Unsur Positif

Ketika pergaduhan, selitkan sedikit unsur positif seperti membuat lawak atau pun memegang tangan pasangan dan memeluknya. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of marriage and Family, sedikit keintiman mampu menambahkan keakraban pasangan. Panggil si dia dengan kata-kata sayang dan ingat susah senang yang anda lalui bersama. Ini dapat membantu anda berhenti bertengkar dengan cepat dan efektif.

2. Fikirkan Sesuatu yang Menggembirakan

Sekiranya si dia sedang membebel dan memarahi anda, pandang ke matanya dan fikirkan sesuatu yang menggembirakan anda tanpa memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dikatakannya. Orang sedang marah, pasti keluar sesuatu yang kurang menyenangkan dari mulut mereka dan akan membuatkan anda naik marah juga. Sekiranya anda tidak respons, kemarahan pasangan akan cepat reda dan secara automatik anda dan pasangan akan berhenti bertengkar.

3. Jangan Asyik Nak Menang

Pertelingkahan tidak akan berakhir sehingga seorang mengaku kalah. Mereka yang selalu memikirkan kemenangan di dalam pergaduhan tidak akan mendapat jalan penyelesaian untuk sebab penyebab anda berdua bergaduh. Mungkin anda boleh biarkan anda berdua tenang seketika, berhenti bertengkar dan baru memulakan perbincangan mengenai masalah yang dihadapi. Tengking menengking untuk mencapai kemenangan tidak membawa kepada penyelesaian.

4. Elakkan Keluar Kata-Kata Kesat

Menurut kajian daripada University of Chicago, otak kita mempunyai sifat negatif semula jadi yang akan menjadi aktif setelah menerima berita yang kurang enak. Oleh kerana itu ketika marah, kita akan secara automatik mengungkit perkara yang tidak elok atau mengeluarkan kata-kata negatif yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut kita. Jadi, elakkan untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat ketika pergaduhan takut nanti pasangan akan lebih terluka. Percayalah, anda akan merasa lebih sedih dan menyesal setelah pertelingkahan berakhir dengan kata-kata kesat yang dilemparkan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/