4 Tips Berhijab

Tips Berhijab
Tips Berhijab

Tips Berhijab

Berhijab bukan sahaja wajib dan menjadi tuntutan agama bagi wanita Muslim namun ianya sekarang menjadi trend generasi muda yang menjadikan fesyen berhijab ini sebagai ikutan dan impak positif kepada remaja wanita agar memelihara aurat daripada dilihat oleh yang bukan mahram. Ada pelbagai jenis fesyen berhijab yang boleh dijadikan panduan dan ikutan para remaja wanita diluar sana namun harus diingat fesyen berhijab haruslah mematuhi syarak seperti tidak terlalu singkat, senteng dan juga tidak labuh sehingga menampakkan bentuk dada di pandangan khalayak umum.

Anda tidak tahu teknik atau tips berhijab dengan padanan warna tudung? Mari bersama admin kita dapatkan tips berguna di sini khas untuk anda.. Ketika memilih hijab, sebenarnya banyak perkara yang perlu anda perhatikan, salah satunya adalah warna. Pemilihan dan padanan warna  yang salah boleh membuatkan penampilan anda nampak tidak sempurna dan mungkin juga ter’over’.

Supaya perkara yang admin katakan di atas tadi tidak terjadi pada anda, mari kita lihat 4 tips berhijab berikut di bawah ini.

1. Terus Setia Dengan Warna Gelap

Hitam selalu menjadi warna asas dalam setiap pilihan pakaian, begitu juga dengan hijab. Sangat serasi apabila dipadu padan bersama warna-warna kontras. Selain itu, hijab berwarna hitam boleh meneutralkan pakaian bermotif besar.

2. Sensasi Warna Pink Terang

Jika anda merupakan pencinta warna pink, ada boleh memadupadankannya dengan warna-warna basic seperti coklat, biru dan kelabu. Ia akan menyeimbangkan warna pink yang termasuk warna tegar agar kelihatan lebih anggun dan serasi di dalam berhijab.

3. Semangat Warna ‘Panas’

Warna-warna panas meliputi merah, oren dan kuning. Warna kontras akan membuatkan seseorang kelihatan ‘stunning’. Warna sebegini sangat serasi apabila dipadankan dengan warna tanah seperti coklat tua, emas dan tembaga. Tujuannya adalah untuk membuatkan warna-warna terang tersebut kelihatan redup.

4. Paduan Warna Segar

Hijau adalah warna alam. Jadi, warna hijau adalah warna yang sangat serasi dalam fesyen berhijab bila digandingkan dengan warna hijau ini sebaiknya merupakan warna tanah, seperti warna kayu, batu dan warna tanah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/