4 Tips Berkasih Dengan Anak Emak

Anak Emak
Anak Emak

Anak Emak

Adakah kekasih anda seorang anak emak? Anak emak yang admin maksudkan disini adalah anak yang sangat rapat dengan emaknya. Apa-apa keputusan yang hendak dibuat dia akan minta pendapat emaknya dahulu dan kadang-kadang sikapnya itu dengan mendahulukan emaknya membuatkan anda sebagai kekasihnya terasa hati.

Bila sebut sahaja anak emak pasti ramai yang berprasangka buruk mengenainya. Terutamanya jika si emak seorang yang nampak garang dan si anak pula anak lelaki tunggal. Ramai yang merasa sakit hati berkasih dengan anak emak yang sering mengutamakan ibunya.

Di sini admin PB ingin memberikan anda 5 tips penyelesaian kepada setiap keburukan kekasih yang dianggap anak emak ini.

1. Jadi BFF dengan Emaknya

Perkara yang paling mudah untuk anda lakukan adalah mengambil hati emaknya dan jadikannya teman baik anda. Ini akan memudahkan kerja anda. Pasangan terlalu mendengar kata emak, tetapi sekiranya anda bijak mengatur permainan, si emak akan menyuruh anaknya bertanya pendapat anda dahulu jika anda setuju maka emaknya pun setuju.

2. Hormat Emaknya

Tunjukkan rasa hormat kepada bakal emak mertua anda. Sekiranya pasangan mendahulukan emaknya sekiranya anda mengajaknya keluar, cuba memahami. Atau mungkin anda boleh mengajak si emak keluar sekali bersama anda berdua. Sekiranya anda menunjukkan rasa sayang kepada si emak, pasangan akan lebih menyayangi anda. Kadangkala, emak akan bersikap protective kerana tidak kenal dengan rakan anak-anaknya. Sekiranya anda menunjukkan sikap yang baik, rasanya tidak ada masalah untuk si emak memberi restu dan sokongan kepada perhubungan anda berdua.

3. Semuanya Dikongsi Dengan Ibu

Segalanya mahu diceritakan kepada emaknya walaupun hal itu terlalu peribadi buat anda. Kadangkala geram kerana tiba-tiba si emak menelefon kerana ingin membicarakan sesuatu yang tidak memerlukan campur tangannya. Kalau anda sudah tahu, si dia lurus bendul orangnya, make it clear with him. Senaraikan apa yang boleh dikongsi dengan emaknya dan senaraikan apa yang tidak boleh dikongsi. Berikan sedikit ugutan untuk meninggalkannya sekiranya dia tidak mematuhi perjanjian anda berdua.

4. Manja dan Tidak Berdikari

Kalau sudah nama anak emak, semuanya pasti diselesaikan oleh si emak, air milo pun emak yang buatkan. Jangan biarkan si dia terus manja. Sekiranya anda berdua bercadang untuk berkahwin, ajar si dia untuk berdikari. Anda berdua bakal tinggal bersama jadi anda berdua harus membuat peraturan sendiri di rumah yang tidak ada kena mengena langsung dengan emaknya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/