4 Tips Bersihkan Telinga

Tips Bersihkan Telinga
Tips Bersihkan Telinga

Tips Bersihkan Telinga

Telinga merupakah salah satu bahagian tubuh yang senang kotor. Ia juga merupakan bahagian yang sensitif kerana ia merupakan salah satu panca indera iaitu pendengaran. Membersihkannya tidaklah sesukar mana, namun anda perlu juga tahu teknik dan cara tertentu terutama tentang alat bantu yang digunakan. Membersihkan telinga dengan betul dapat membantu anda merawat kebersihan serta kesihatan telinga anda.

Biasanya ramai yang sudah tahu cara membersihkan telinga dan tidak terlalu menitikberatkan soal sebetulnya cara yang sebenar atau tepat ketika membersihkan kawasan penting ini. Kebanyakan orang berpendapat, membersihkan telinga perlu menggunakan kapas atau cotton bud, sedangkan pendapat ini sebenarnya salah! Ini adalah kerana penggunaan kapas ini boleh mendorong segala kekotoran masuk ke dalam lubang telinga.

Berikut adalah 4 cara membersihkan telinga yang sebaiknya anda lakukan:

1. Cotton Bud

Ini adalah salah satu alat pembersih yang paling biasa digunakan untuk membersihkan telinga. Sungguhpun begitu, anda perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan cotton bud ini.

Ketika anda sedang asyik mengorek ke dalam telinga adakalanya anda tidak sedar telah terkorek sehingga terkena gegendang. Lebih baik jika anda menghindari memasukkan cotton bud terlalu dalam. Memadai jika anda membersihkannya bahagian luar telinga sahaja.

2. Baby Oil

Cara membersihkan telinga yang seterusnya adalah dengan menggunakan baby oil. Titiskan dua atau tiga titis baby oil ke dalam lubang sebelum anda tidur pada malam hari. Keesokan pagi, ketika bangun daripada tempat tidur segeralah bersihkannya dengan menggunakan tuala nipis atau alat pembersih telinga.

3. Guna Air

Membersihkan telinga dengan menggunakan air adalah cara terbaik dan sihat untuk menghilangkan kotoran di dalamnya. Caranya mudah sahaja, sebelum anda mandi pastikan anda sudah menyiapkan air yang bersih.

Kemudian, campurkan dengan sedikit baby oil lalu usapkan pada telinga secara perlahan-lahan dengan menggunakan tuala nipis, tetapi hati-hati jangan sampai air masuk ke dalam lubang yang paling dalam (air masuk dan tertinggal pada gegendang)

4. Pakai Kain Basah

Menggunakan sepotong kain basah dapat membantu menghilangkan kotoran di bahagian luar. Ia tidak hygiene menghilangkan kotoran dalam lubang, kerana kotoran yang berwarna coklat ke hitam-hitaman juga dapat berfungsi untuk menghalang masuknya serangga serangga kecil ke dalam lubang.

Jadi, memadai jika anda a menggunakan cara membersihkan dengan kain bersih yang sudah dibasahi air. Kemudian lap-lap dan bersihkannya pada bahagian luar secara perlahan-lahan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/