4 Tips Cegah Kepala Botak

Tips Cegah Kepala Botak
Tips Cegah Kepala Botak

Tips Cegah Kepala Botak

Masalah kepala botak akibat rambut gugur adalah masalah yang sering membelenggu kaum Adam dan kaum Hawa apabila dimamah usia. Ada beberapa faktor juga yang menyebabkan kepala botak ini disebabkan pemakanan, gaya hidup yang tidak sihat dan juga pemakaian produk penjagaan rambut yang tidak serasi dan mempunyai banyak kandungan bahan kimia.

Rambut bukan sahaja mahkota kecantikan wanita! Malah rambut juga memainkan peranan penting untuk menstabilkan suhu di bahagian kepala. Ramai wanita mahu memiliki rambut yang sihat dan lebat. Namun, tak kurang juga yang mengalami masalah kepala botak akibat rambut gugur. Jika anda sedang mencari cara untuk mencegah kepala botak, anda mungkin boleh mencuba cara semulajadi yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.

Berikut di bawah ini adalah 4 tips cegah kepala botak secara semulajadi yang boleh anda pratikkan.

1. Vitamin E

Anda boleh mencegah kepala botak akibat rambut gugur dengan menggunakan vitamin E. Ia sangat efektif untuk merangsang pertumbuhan rambut serta menjaga kesihatan rambut. Lakukan secara rutin dengan melakukan urutan pada kulit kepala yang mengalami kebotakan dengan minyak yang mengandungi vitamin E.

2. Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)

Cara mencegah kepala botak yang seterusnya adalah dengan menggunakan khasiat daun lidah buaya. Khasiat daun lidah buaya boleh membantu menumbuhkan rambut serta mengatasi rambut rosak. Caranya cukup mudah, sapukan lendir  daun lidah buaya pada bahagian kulit kepala botak. Biarkan semalaman dan bilas dengan air bersih pada keesokan harinya.

3. Bawang Merah

Bawang merah memainkan peranan sebagai stimulator kerana sulfur yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Bawang merah juga berfungsi sebagai anti bakteria yang mampu membasmi kutu rambut. Cara mencegah kebotakan menggunakan bawang merah ini boleh anda praktik dengan memarut bawang merah. Kemudian lakukan urutan dengan bawang merah yang sudah dikisar tersebut pada bahagian kepala yang botak. Biarkan selama setengah jam, kemudian barulah bersihkan kepala dengan syampu.

4. Minyak Zaitun Dan Kulit Kayu Manis

Cara mencegah kebotakan rambut yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan minyak zaitun dan kulit kayu manis. Sediakan tiga sudu makan minyak zaitun serta 1 sudu makan serbuk kulit kayu manis. Kemudian, campurkan kedua bahan ini sehingga membentuk pasta. Aplikasikan campuran tersebut pada bahagian kepala yang mengalami kebotakan dan biarkan selama sejam. Selepas itu bilaslah dengan air bersih.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/