4 Tips Cinta Mekar

cinta mekar
cinta mekar

cinta mekar

Bagaimanakah untuk kita mengekalkan cinta mekar di dalam rumahtangga? Dan apakah kebaikan kesan jangka panjang untuk pasangan mendapatkan cinta mekar di sepanjang perkahwinan mereka. Hubungan dalam rumahtangga memang ada pasang surutnya. Perselisihan faham pasti berlaku kerana perbezaan pemikiran antara lelaki dengan wanita. Lelaki selalunya berfikiran mengikut logik manakala wanita melihat sesuatu perkara dengan lebih terperinci berserta emosi.

Perbezaan pendapat di dalam rumahtangga sememangnya sangat menuntut persefahaman yang tinggi antara suami isteri kerana itulah pentingnya untuk anda dan pasangan mendapatkan kembali cinta mekar demi hubungan kembali seperti masa bercinta dulu. Segala perselisihan pendapat jika berlaku harus ditangani dengan berhati-hati agar tiada yang terluka dan lebih penting perasaan cinta mekar ini tidak pudar kerananya. Meski pun berdepan dengan banyak ujian dalam perhubungan sama ada akibat perbezaan pendapat, masalah anak dan sebagainya, satu yang pasti rasa cinta mekar pada pasangan jangan sampai tergugat. Sebaliknya perasaan ini harus terus dibaja agar sentiasa membara seperti pasangan pengantin baru. Jangan pernah terbit rasa jemu menatap wajahnya, mendengar suaranya dan berbicara dengan pasangan.

1- Puji-Pujian
Untuk memupuk cinta mekar selalulah memuji pasangan kerana ianya merupakan salah satu lagi cara untuk menyegarkan perhubungan. Pujilah masakan isteri yang enak atau puji sikap suami yang ringan tangan membantu kerja rumah dan sebagainya. Tiada salahnya memuji pasangan sendiri kerana dialah insan yang ada di sini untuk membahagiakan kita.

2- Belaian Manja
Dalam hubungan suami isteri, belaian manja amat penting untuk menyemai cinta mekar. Tanpa sentuhan daripada pasangan maka hubungan akan mudah menjadi hambar. Sentuhan di sini bukanlah bermaksud hubungan seks sahaja. Ia termasuk sentuhan yang mengungkap perasaan kasih sayang seperti mengusap rambut pasangan kala menonton televisyen, berpelukan kala mengunggu mata terlelap atau saling memberi kucupan sebelum keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

3- Bicara Manis
Melontarkan kata-kata yang enak didengar merupakan salah satu cara supaya hubungan suami isteri bahagia bagaikan pengantin baru dengan perasaan cinta mekar yang berbunga-bunga. Cuba lihat kembali saat anda baru berkahwin dahulu. Pasti semuanya indah bukan? Ayat-ayat manis sentiasa menghiasai bicara. Sememangnya ia perlu diteruskan. Tutur kata yang kasar boleh menyebabkan hati yang lembut menjadi keras. Sebaliknya tutur kata yang baik boleh membuatkan hati keras menjadi lembut,

4- Pujuk Rayu
Pujuk rayu selalunya berkait rapat dengan perihal merajuk yang sinonim golongan wanita atau isteri. Punca isteri merajuk disebabkan golongan wanita mempunyai hati yang mudah tersentuh. Apabila pasangan merajuk, jangan sesekali rasa malas hendak memujuk. Hati yang merajuk jika tidak dipujuk akan menjadi semakin parah. Hal ini akan menjadi barah dalam hubungan rumah tangga. Pasangan merajuk tidak perlu memujuk dengan jambangan bunga atau hadiah yang mahal. Cukup sekadar berbicara lembut dan melayani hatinya sahaja. Memujuk memerlukan kemahiran. Sapa, tegur dan hantar mesej di telefon bimbitnya sudah cukup mencairkan hati isteri yang sedang merajuk. Barulah romantik bak pengantin baru dengan cinta mekar.

Kesimpulan

Untuk mendapatkan cinta mekar kita perlu kembali kepada perkara asas iaitu tanggungjawab masing-masing di dalam menjaga hubungan suami isteri untuk kekal bahagia dan hidup dengan penuh keharmonian. Jangan sesekali mengabaikannya kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting untuk memupuk cinta mekar yang satu masa dulu hangat ketika zaman bercinta dan seawal perkahwinan dulu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/