4 Tips Diet Seimbang

Tips Diet Seimbang
Tips Diet Seimbang

Tips Diet Seimbang

Diet seimbang adalah amalan diet yang mengikut dari piramid makanan iaitu mengurangkan makanan yang berkolestrol tinggi dan amalkan makan buah-buahan serta bijirin. Walaupun anda berdiet, anda tetap memerlukan nutrisi diet seimbang iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, dan juga lemak.

Semuanya mesti dalam jumlah yang sesuai dengan keperluan tubuh dan tidak berlebihan. Di samping itu, agar proses pengikisan lemak berjalan dengan baik, anda juga mungkin perlu menggantikan atau menambah beberapa sumber nutrisi tersebut.Sebelum itu , anda mesti nak tahu apa itu diet seimbang?

4 Tips Diet Seimbang 

1. Tidur Yang Mencukupi

Tidur yang mencukupi. Ini adalah kerana jika anda tidak mempunyai tidur yang mencukupi, kemungkinan anda akan lebih mudah untuk  terdedah kepada risiko obesiti.

2. Lakukan Senaman

Lakukan senaman yang sesuai atau berjoging di sekitar tempat rekreasi pilihan anda supaya di masa lapang anda boleh kurangkan stress di masa bekerja. Jika anda tiada kesempatan untuk senaman. Sekurang-kurangnya anda menaiki tangga pejabat guna tangga atau berjalan kaki ke pejabat anda.

3. Makanan Yang Seimbang Mengikut Piramid Makanan.

Terpulang kepada anda untuk ikut 100% piramid makanan yang sedia ada atau anda selalu bersenam untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Amalan pemakanan yang seimbang membantu anda dari menghadapi risiko penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Penyakit ini sering timbul di waktu usia mencecah 30 an dan keatas. Paling kritikal iaitu pada usia tua.

4. Minum Air Yang Mencukupi Setiap Hari. 

Seperti yang anda tahu badan kita sangat perlukan air untuk menjalani beberapa proses dalam badan. Minimum 3 liter sehari diperlukan untuk anda sebenarnya.

Kenapa Anda Perlu Amalkan Diet Seimbang?

Faktor utama ialah kerana hidup kita ini banyak dipengaruhi oleh pemakanan seharian yang tidak mengikut amalan makanan seimbang. Lebih jelas lagi ialah anda lebih suka makan makanan segera, makanan ringan, minum air yang berkarbonat dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin mengundang kepada masalah kepada timbulnya penyakit di kemudian hari nanti.

Antara Cadangan Makanan Yang Sesuai Untuk Diet Seimbang:

  • Makan makanan yang tidak bergoreng. Sebaliknya guna cara grill, kukus dan panggang.
  • Kalau hendak makanan bergoreng sekalipun, sila gunakan minyak zaitun.
  • Kurangkan penggunaan gula pada makanan. Anda perlu mengurangkan pengambilan gula kerana anda mungkin terdedah kepada risiko kencing manis.
  • Perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan. Tubuh memerlukan  vitamin dan serat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/