4 Tips Hubungan Kelamin Di Bulan Puasa

Hubungan Kelamin Di Bulan Puasa
Hubungan Kelamin Di Bulan Puasa

Hubungan Kelamin Di Bulan Puasa

Bulan Ramadhan atau bulan puasa bukan bererti pasangan suami isteri juga harus berpuasa dari melakukan hubungan kelamin. Menurut hukum, hubungan kelamin suami isteri haram dilakukan pada siang hari pada bulan ramadhan. Jika pasangan melakukan hubungan kelamin di siang hari, ada kafarat (denda) yang harus dijalani yakni memerdekakan seorang budak, jika tak memungkinkan berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang fakir miskin. Justeru aktiviti berasmara atau hubungan kelamin bersama pasangan pada bulan Ramadhan perlu dihindari bagi pasangan suami isteri.

Hanya tinggal beberapa hari lagi Syawal bakal menjelma. Bagi umat Islam, Hari Raya adalah hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, memperbanyakkan amal ibadat dan juga menahan hawa nafsu daripada melakukan perkara-perkara maksiat. Pada 1 Syawal juga diharamkan oleh umat Islam berpuasa sunat mahu pun menggantikan puasa yang lalu.

Justeru hubungan kelamin untuk aktiviti seksual suami isteri diperbolehkan dilakukan malam hari hingga awal fajar. Mari ikuti 5 tips mudah bersetubuh pada bulan Ramadhan:

1. Saling Mengerti

Anda dan pasangan harus memiliki pemikiran yang serasi. Bila salah satu dari pasangan enggan, pasangan lainnya harus mengerti dan jangan cuba memaksa kerana jika dilakukan tanpa kerelaan hati hubungan kelamin tidak dapat dinikmati dan mencapai kepuasan bersama. Jika hubungan kelamin suami isteri dilakukan dengan cinta, selain mendapat pahala, pasangan boleh menghapuskan dosa-dosa yang dahulu.

2. Lakukan Seks Kilat

Ajak pasangan melakukan quickie sex atau seks kilat dalam melakukan hubungan kelamin. Jika selama ini tempoh hubungan bersama pasangan lebih lama, usahakan lakukan lebih cepat, agar tenaga tidak mudah hilang.

3. Lakukan Dengan Niat Ibadah

Melakukan hubungan kelamin pada malam hari di bulan Ramadhan sangat berpahala, kerana termasuk dalam ibadah. Justeru, jangan rasa terbeban dan lakukanlah dengan hati senang dan ikhlas. Anda berdua akan lebih menikmatinya.

4. Atur Waktu

Haruslah bijak mencari waktu yang tepat dalam melepaskan hasrat melakukan hubungan kelamin kerana waktu yang relatif sangat sempit selama Ramadhan. Setelah berbuka  dan tarawih, anda masih punya waktu beberapa jam hingga masuk waktu sahur. Manfaatkan waktu ini untuk bermesraan dengan pasangan.

Semoga tips ini berguna kepada pasangan suami isteri. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada admin Petua Bahagia!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/