4 Tips Letak Pewangi Aromaterapi

Pewangi Aromaterapi
Pewangi Aromaterapi

Pewangi Aromaterapi

Pewangi aromaterapi ini sangat bagus dan selamat kerana ianya boleh membangkitkan mood positif dan juga merangsang minda seseorang itu untuk mendapatkan ilham bagi berkarya. Ianya sangat berbeza berbanding pewangi sintetik lain yang bahan kimia di dalamnya boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu pemilihan meletakkan pewangi aromaterapi di dalam rumah adalah pilihan yang tepat.

Sempena Hari Raya ini dan dalam kita menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah dengan membuat rumah terbuka, letakkan pewangi aromaterapi  di mana-mana sudut agar suasana di dalam kediaman menjadi lebih tenang dan segar. Berikut dibawah ini adalah lokasi atau tempat yang paling ideal untuk anda meletakkan pewangi aromaterapi di dalam rumah anda untuk kekalkan bau yang menyenangkan dan kekal segar.

1. Ruang Dapur Dan Makan

Satu lagi tempat yang menjadi kemestian tetamu datang ke rumah anda untuk beraya, sudah tentulah ruang makan atau dapur. Biasanya ruang ini akan mempunyai pelbagai bau dari aroma masakan, asap dari dapur dan sebagainya. Jadi, ruang ini perlu diletakkan aromaterapi agar bau-bau yang kurang enak hilang. Untuk ruang ini, pilih aromaterapi yang berfungsi meresap dan menghilangkan bau seperti Spearmint dan Maychang.

2. Ruang Tamu

Ruang tamu merupakan tempat tetamu datang beraya. Oleh itu ruang ini seharusnya memberikan aura yang mesra, agar orang yang berkunjung ke rumah anda berasa nyaman dan disambut dengan baik. Bagi menciptakan mood  sebegini, pilih aromaterapi yang mengandungi cedarwood, citrus atau rosemary.

3. Ruang Keluarga

Selain ruang keluarga, suadara mara terdekat yang bertandang ke rumah anda pasti akan turut sama ke ruang keluarga, bermesra dan bergembira. Saat inilah banyak cerita-cerita ingin dikongsi bersama. Bagi membangkitkan lagi suasana yang ceria, gunakan aromaterapi daripada buah anggur, Geranium dan Rosemary.

4. Bilik Air

Bilik air juga adalah lokasi yang sesuai untuk anda meletakkan pewangi aromaterapi ini. Ini kerana di dalam bilik air selalunya ia akan membuatkan mood ingin membuang air besar selalunya terbantut kerana bau yang kurang menyenangkan. Dengan meletakkan pewangi aromaterapi ia dapat memberi kesegaran dan keselesaan untuk ‘membuang hajat’ di dalam bilik air.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/