4 Tips Mencegah Serangan Jantung

mencegah serangan jantung
mencegah serangan jantung

mencegah serangan jantung

Bila serangan jantung itu berlaku? Tiada siapa yang tahu masa ia akan menyerang kerana serangan jantung ini diibaratkan sebagai pembunuh senyap. Stastitik menunjukkan kes serangan jantung terjadi bukan hanya kepada pesakit yang mempunyai rekod sakit jantung sahaja malah ianya terjadi kepada orang yang sihat.

Kerana serangan jantung cukup berbahaya sehingga serangan jantung harus dicegah agar ianya tidak terjadi kerana mencegah itu lebih baik dari merawat. Untuk mencegah serangan jantung boleh memperbaiki pola hidup yang selama ini dilakukan agar lebih baik dan lebih sihat lagi.

4 tips mencegah serangan jantung dibawah boleh dijadikan panduan dan rujukan yang berguna;

1. Bersenam

Bersenam akan mencegah serangan jantung. Bersenam juga boleh mematikan dan membuang pelbagai racun dan toksin di dalam badan anda, pilih senaman yang paling mudah untuk dilakukan contohnya berjalan kaki dengan jarak yang jauh untuk keluarkan peluh jadikan ia sebagai rutin harian anda.

2. Tidak Merokok

Dengan berhenti merokok banyak lagi penyakit yang anda boleh hindari. Dari penyakit jantung, penyakit hati dan penyakit yang mempengaruhi kesuburan anda. Cara ini cukup efektif untuk menghindari serangan jantung.

3. Tidak Stress

Untuk mencegah serangan sakit jantung anda harus menghindari diri daripada stress. Pada saat stress ia membuat kondisi kesihatan jantung menjadi tidak baik, untuk hindari dari stress sangat mudah. Anda boleh mulakan hari dengan membuat sesuatu hobi atau kegemaran anda untuk lupakan seketika masalah dan sesuatu yang membolehkan anda stress.

4. Menjaga Pola Makanan

Menjaga pola makanan yang lebih sihat dan selamat dan anda juga harus menjaga berat badan. Jika pemakanan tidak dijaga ia boleh menyebabkan kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan gula dalam darah akan menaik juga sekaligus meningkatkan risiko serangan sakit jantung. Makan makanan yang di kukus atau direbus agar nutrisi dalam makanan tidak terbuang.

Kesimpulannya, untuk mencegah atau mengelakkan dari serangan sakit jantung, amalan gaya hidup sihat adalah kunci kepada kejayaan anda mencegahnya disamping mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Kongsikan artikel ini untuk kita sihat bersama.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/