4 Tips Menegur Orang

Tips Menegur Orang
Tips Menegur Orang

Tips Menegur Orang

Menegur orang yang membuat silap dalam melakukan pekerjaan haruslah mematuhi etika yang ditetapkan. Dalam sesebuah organisasi atau syarikat pekerjaan yang menggunakan tenaga kerja manusia memang tidak akan lari dari melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas.

Mengkritik atau menegur orang yang melakukan tidak semudah disangka. Hubungan baik yang terjalin dan semangat berpasukan perlu dijaga supaya matlamat syarikat itu tercapai dan tiada orang yang terluka. Bukan mudah untuk menjaga hati seseorang, namun profesionalisme dan tanggungjawab harus dijalankan walau apa cara sekalipun agar ianya tidak melibatkan unsur peribadi.

Anda selaku ketua dan orang yang berjawatan tinggi di dalam sesebuah syarikat haruslah memastikan segala kata-kata yang anda lemparkan ketika menasihati atau menegur orang itu tidak menggunakan kata-kata kesat tidak kira sama ada orang atau pekerja anda itu melakukan kesilapan yang kecil atau pun besar. Gunakan saluran yang betul dan jika ianya serius, serahkan kepada pihak pengurusan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pastikan anda mempertimbangkan 4 tips di bawah ini sebelum mula menegur orang yang melakukan kesilapan.

1. Perhatikan Mood

Sebelum menegur orang pastikan anda peka dengan keadaan emosinya. Pastikan dirinya dalam keadaan tenang, tidak sedih atau terlalu gembira. Anda dinasihatkan supaya jangan menegur orang pada saat ketika mereka sedang gembira, kerana silap hari bulan moodnya boleh berubah sekelip mata. Dan ini akan menyebabkan moralnya down sekaligus menyebabkan prestasi atau produktiviti kerjanya menurun.

2. Tiada Orang Sekeliling

Pastikan juga anda menegur orang itu di dalam sebuah bilik dan juga ketika dia berseorangan. Jangan menegurnya di hadapan orang ramai khususnya sewaktu dia bersama teman-teman rapat kerana ini akan menjatuhkan air muka dan memalukannya. Jika di tempat awam pula tentukan suasananya tidak terlalu bising atau sesak dengan orang ramai.

3. Mulakan Dengan Pujian

Manusia memang suka dipuji, oleh kerana itu sebelum memberi komen atau ingin menegur orang itu apa kata anda berikan sedikit puji-pujian. Namun biarlah pujian tersebut berasas dan kedengaran ikhlas. Jadi di situ ada pro dan kontra dan tidak menunjukkan hanya sisi buruk atau kelemahan orang itu sendiri. Sebelum mengakhiri sesi meeting tadi beri kata-kata semangat dan motivasi agar dia tidak mengulangi kesilapan lamanya.

4. Perlu Ada Penyelesaian

Apabila menegur orang pastikan anda mempunyai penyelesaian kepada kritikan atau teguran. Janganlah tahu menegur kesilapan orang semata tetapi anda tiada cadangan atau buah fikiran untuk memperbaiki atau menyelesaikan masalah. Teguran tanpa penyelesaian boleh dianggap sebagai kritikan tidak berasas atau bahasa mudahnya ‘kondem’.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/