4 Tips Miliki Gigi Cantik

Tips Miliki Gigi Cantik
Tips Miliki Gigi Cantik

Tips Miliki Gigi Cantik

Semua orang mahu memiliki gigi cantik dan menawan. Apatah lagi salah satu perkara yang menarik pada raut wajah seseorang itu adalah senyuman menawan bersama gigi cantik!

Senyuman menawan mampu memikat hati orang yang melihatnya. Namun, senyuman menawan ini tidak hanya dengan memiliki senyuman manis, malahan ia turut disertai dengan penampilan gigi cantik dan putih bersih. Macam mana nak dapatkan gigi cantik, putih dan bersih?

Baiklah, pada artikel kali ini admin ingin kongsikan 4 tips miliki gigi cantik yang boleh para pembaca amalkan seperti dibawah ini.

1. Pastikan Anda Berus Gigi Dengan Betul Untuk Miliki Gigi Cantik

Jika pemilihan makanan sudah tepat, tetapi cara memberus gigi pula tidak betul, pastilah menjejaskan kesihatan gigi cantik anda. Terdapat beberapa cara memberus gigi yang sering dipraktikkan. Pertama, gerakan vertikal di mana gigi diberus dari atas ke bawah. Kedua, gerakan horizontal iaitu gigi diberus dari depan ke belakang. Satu lagi cara yang digunakan adalah gerakan berputar.

Daripada ketiga-tiga cara berikut, gerakan berputar merupakan cara memberus gigi yang paling disarankan. Gerakan tersebut boleh menjangkau semua bahagian mulut serta boleh menghasilkan urutan lembut pada gusi. Lakukan proses ini secara perlahan-lahan agar gusi tidak tercedera.

2. Produk Tenusu

Makanan yang berasaskan tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak antara makanan yang baik untuk kesihatan gigi. Ini adalah kerana produk-produk ini kaya dengan kalsium dan fosforus yang sangat baik untuk memelihara kesihatan gigi. Kandungan vitamin D yang terdapat dalam susu membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan juga tulang.

3. Kurangkan Pengambilan Makanan Bergula

Makanan dan minuman bergula boleh mengakibatkan risiko gigi menjadi reput. Tetapi, yang manis itulah selalu diambil. Kan, bagus jika anda dapat hadkan pengambilannya. Adalah lebih baik jika anda mengambil jus buah-buahan tanpa gula daripada mengambil minuman yang ditambah dengan gula.

Bagi pencinta kopi atau teh pula, anda boleh menikmati minuman kegemaran anda itu, tetapi haruslah digantikan dengan pemanis tiruan sebagai perasa. Untuk mendapatkan gigi cantik, anda juga perlu elakkan makanan yang bersifat melekit atau terlalu lembut. Ini adalah kerana makanan sebegini mudah melekat celah gigi dan meningkatkan proses pembiakan bakteria.

4. Nikmati Pelbagai Jenis Buah Dan Sayuran

Bahan semulajadi yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran terbukti dapat memberikan pengaruh yang efektif untuk membersihkan gigi. Sebagai contoh, mengunyah epal adalah cara terbaik untuk mendapatkan gigi cantik yang sihat. Sungguhpun epal mengandungi gula buah semulajadi. Namun, pengeluaran air liur yang banyak dapat membantu mengelakkan kerosakan gigi. Antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan pilihan ialah oren, tomato, nanas, tembikai, timun, lobak merah, saderi dan brokoli.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/