4 Tips Mood Ceria

Mood Ceria
Mood Ceria

Mood Ceria

Mood ceria dapat membantu seseorang keluar dari rasa stress dan bebanan masalah kerja yang membelenggu setiap hari di pejabat. Oleh sebab itu anda harus pandai seimbangkan waktu kerja dengan serius dan bergurau gelak ketawa bersama kawan-kawan ketika waktu rehat untuk mendapatkan mood ceria.

Aktress terkenal Hollywood, Audrey Hepburn pernah berkata, “I believe that happy girls are the prettiest girls.”  yang bermaksud gadis dengan mood ceria dan gembira adalah seorang gadis yang paling cantik sekali. Untuk mendapatkan mood ceria banyak cara yang boleh dipratikkan dan yang paling penting jangan duduk berseorangan melayan perasaan dan memikirkan masalah di tempat kerja yang tidak akan habis sampai bila-bila pun.

Di sini admin ada 4 tips untuk menambah dan mendapatkan mood ceria sekali gus menaikkan seri wajah anda.

1. Bercakap Dengan Orang yang Tidak Dikenali

Tidak salah untuk bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali. Kajian turut membuktikan sikap ini mampu memberikan mood ceria yang baik kepada anda. Mulakan percakapan dengan mereka yang duduk di sebelah anda dalam pengangkutan awam seperti LRT atau senyum dan ucapkan terima kasih kepada gadis tol setelah membayarnya. Semua ini akan mempengaruhi mood ceria seharian anda.

2. Dikelilingi Bunga

Nancy Etcoff dari Harvard Medical School membuat satu kajian dengan menghantar jambangan bunga kepada 27 wanita selama seminggu. Hasil kajian itu menunjukkan wanita yang dikelilingi  bunga-bungaan lebih gembira, mood ceria dan bersemangat menjalankan aktiviti harian.

3. Minum Air Selepas Bangun Tidur

Dehidrasi membuatkan anda berasa lesu dan air dapat menambahkan tenaga anda. Rasa bertenaga pada waktu pagi akan membuatkan anda ceria seharian. Petuanya, minum air 500ml selepas bangun tidur untuk mengelakkan dehidrasi di samping boleh meningkatkan tahap metabolisme anda.

4. Makan Sarapan yang Sama Setiap Pagi

Mengelak bersarapan pagi adalah antara punca anda kurang ceria seharian. Perut yang lapar juga akan mempengaruhi mood ceria anda. Pastikan anda ambil sarapan yang sama setiap hari atau rancang sarapan anda sebelum tidur supaya fikiran anda sudah diprogramkan untuk makan sebelum ke pejabat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/