4 Tips Penjagaan Bunga Orkid

Tips Penjagaan Bunga Orkid
Tips Penjagaan Bunga Orkid

Tips Penjagaan Bunga Orkid

Bunga Orkid atau nama asalnya bunga Anggerik adalah salah satu daripada dua keluarga terbesar tumbuhan berbunga. Bunga Orkid merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia. Dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan tempat taburan hidup bunga Orkid liar yang mencapai ribuan jenis.

Bunga Orkid amat popular di tanam di kalangan penggemar flora di Malaysia kerana saiz, struktur dan warna bunga yang pelbagai. Antara yang paling digemari oleh peminat bunga Orkid ialah Oncidium, Phalaenopsis, Dendrobium, Cattleya, Arachnis, Vanda, Rananthera, Aeridovanda, Aeridanchis, Aranda, Arachnopsis, Burkillara, Christieara dan Doritaenopsis.

Cara Tanam Bunga Orkid

  • Sediakan arang atau sabut kelapa. Jika tiada, anda juga boleh menggunakan pecahan batu bata. Pastikan saiznya kecil dan muat untuk diletakkan di dalam pasu.
  • Sebelum memasukkan batang pokok orkid, pastikan akarnya yang kering dipotong terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.
  • Masukkan arang tadi sebanyak ¾ ke dalam pasu anda. Kemudian ambil orkid dan letakkan ke dalam pasu. Letakkan baki arang sehingga batang pokok orkid menjadi tegak dan seimbang.
  • Kemudian, siramkan air 2 kali sehari. Sekali sekala anda mestilah berikan baja yang secukupnya.

4 Tips Penjagaan Bunga Orkid

1. Gunakan Serbuk Kayu Dan Arang Batu

Gunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama arang dan batu bata kerana serbuk kayu boleh meresap kadar air siraman dan bertahan lebih lama. Kebanyakan orkid yang ditanam mengunakan  arang, pecahan batu bata serta serbuk kayu adalah jenis orkid dendrobium, vanda, cattleya dan phalaenopsis.

2. Siram Secara Konsisten

Siram bunga orkid anda secara teratur. Ia dapat menyuburkan lagi bunga orkid anda.

3. Kulit Pisang Sebagai Baja

Gunakan kulit pisang sebagai baja tambahan. Letakkan kulit pisang di dalam pasu bunga orkid anda dan hasilnya orkid anda berbunga cantik.

4. Penggunaan Batu Bata

Pecahkan batu bata, arang mengikut yang sesuai dan masukkan ke dalam pasu. Susun atur dibahagian bawah dengan pecahan batu bata yang besar serta selang selikan bersama arang yang kecil.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/