4 Tips Pikat Hati Wanita

Pikat Hati Wanita
Pikat Hati Wanita

Pikat Hati Wanita

Petua atau tips pikat hati wanita ni tentulah untuk panduan para lelaki termasuklah lelaki bujang yang sedang berusaha nak pikat hati wanita idaman dan paling penting untuk para suami yang mahu mengekalkan hubungan romantika dengan isteri tersayang.

Betullah kata orang tua-tua , “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut…”. Bahkan mungkin ramai sang jejaka yang kurang prihatin bahawa rupa paras yang kacak sebenarnya bukanlah faktor utama dalam usaha untuk pikat hati wanita. Memanglah ‘good look’ tu penting, tapi ia bukan faktor utama, seumpama duit ringgit yang penting untuk kehidupan, tapi duit yang banyak bukanlah segalanya dan ia tidak menjamin kebahagiaan yang berkekalan. Yang paling penting ialah kata-kata dan perlakuan yang ikhlas dalam menyemai kasih-sayang.

Adapun orang lelaki ni bukan semua yang ada ‘skill’ bila berbicara. Secara umumnya, ada pula yang kata orang lelaki yang sudah berumahtangga dan lebih ‘berusia’ lebih pandai bermadah asmara dan petah pula menutur kata dalam usaha pikat hati wanita berbanding lelaki bujang trang tang tang… Malah lelaki bujang ni kadangkala ada juga yang tergagap-gagap seaktu memulakan bicara. Betul kah begitu..? hehe…

Kalau ada lelaki yang ‘sedar’ skillnya kurang, maka kenalah mantapkan lagi kemahirannya untuk pikat hati wanita. Jangan nanti salah buka mulut, terus nak salahkan pulut… So, dikongsikan di sini 4 tips pikat hati wanita sebagai panduan untuk membantu para lelaki pikat hati wanita idaman mereka.

1. Jangan Suka ‘Buat Muka’

Mimik muka ketika berbicara juga adalah satu aspek penting dalam sesebuah perhubungan. Kalau si dia berbicara dengan anda, elakkanlah membuat mimik muka seolah-olah anda tidak bersetuju dengan pendapatnya. Dengar sahaja dan cuba bersikap ‘neutral’ dan terbuka. Sebaliknya, kalau tak setuju dengan pendapat yang diberikan, cubalah berbahas dengan jawapan atau komen-komen yang positif dan bukannya bersandarkan ’emosi’ semata-mata.

2. Jangan Bersikap Kasar

Sikap suka memarahi, memperlekehkan dan memperbodoh orang adalah satu tabiat yang biadap dan paling tidak disukai wanita. Adakalanya lelaki ni terbawa-bawa sebab sudah biasa begitu ketika di kalangan kawan-kawan lelaki yang lain, tapi mana-mana lelaki itu perlu dan sepatutnya sedar bahawa jiwa wanita itu tidak sama dengan lelaki.

3. Pujilah Dengan Kata-Kata Manis

Apabila anda minat kat seseorang wanita, bersemukalah dengan si dia dan ungkapkanlah kata-kata manis di awal perkenalan. For sure, benda tu dia akan ingat sampai bila-bila (In Shaa Allah). Contohnya bagi tau kat dia bahawa anda dah lama memerhatikan dirinya, suka dan senang dengan tingkahlakunya yang menambat hati.

Percayalah apabila anda memberikan sebuah pujian (yang ikhlas) sudah tentu si dia yang anda puji itu akan tersipu-siup malu. Orang wanita nie selalunya luarannya nampak keras tapi dalamannya sangat lembut. Dah fitrahnya kejadiannya begitu. Jadi pujilah dengan kata-kata manis.

Ada orang lelaki, yang kononnya nak tunjuk ‘macho’ (depan kengkawannya) bila berusaha untuk pikat hati wanita pun siap kutuk-kutuk. Padahal dalam hati dia memang minat sangat kat wanita tu. Kononnya nak tiru stail Ali setan lah…

4. Jangan Sesekali Keluarkan Kata-Kata Kesat

Ini paling penting dalam menjaga hubungan suami isteri. Waktu bercinta dulu, pijak semut pun tak mati. Bila dah ada anak, selalu ‘terkeluar’ istilah yang pelik-pelik ikut sedap mulut. Ada pulak tu sesetengah jenis yang suka bergurau dan bila dah ‘over’ tu mulalah keluar perkataan-perkataan yang agak kasar bunyinya. Baginya melawak dan sekadar gurauan, tapi bagi orang lain terutama seorang wanita, ia mungkin ungkapan yang mengguris hati.

Sekalipun bergurau, jangan sesekali memperlekehkan hatinya, Ini adalah satu kesalahan yang ramai lelaki, lebih-lebih lagi para suami, yang sering terlepas pandang. Bagi orang bujang yang baru dalam proses pikat hati wanita, silap langkah sebegini andalah yang rugi kerana si dia kebarangkalian akan hilang minta untuk meneruskan perhubungan.

Ingatlah, tak ada orang yang suka kepada kata-kata dan perbuatan yang menyakitkan hati. Sebaliknya pujilah wanita dengan ucapan yang enak didengar dan percayalah hubungan anda pastinya akan bertambah kemesraannya.

Jiwa seorang wanita adalah lebih sensitif dan mudah terluka. Jangan hanya disebabkan satu dua perkataan (atau perbuatan) menyebabkan hubungan yang dibina menjadi goyang dan renggang. Amalkan sikap bersopan santun kerana lelaki yang bersopan biasanya lebih disukai dan diminati oleh ramai wanita, tak kira yang muda atau yang tua.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/