4 Tips Pulih Hubungan Ibu Mentua

Pulih Hubungan Ibu Mentua
Pulih Hubungan Ibu Mentua

Pulih Hubungan Ibu Mentua

Payah dan tak seronok kalau menantu perempuan tak sebulu dengan ibu mentua. Hanya disebabkan berbeza pendapat apa yang dilakukan mentua pasti tidak enak di pandangan mata. Begitulah juga kalau ibu mentua yang tidak boleh terima personaliti menantu. Akhirnya semua jadi buntu. Paling malang sudah tentulah anak lelaki yang juga menggalas tanggungjawab suami.

Bagaimana mahu menyatukan kembali hati-hati yang telah retak ini. Sebenarnya ada caranya, andai masing-masing belajar untuk memahami. Mudahnya berkata minta difahami. Namun, pemahaman yang bagaimana perlu diambil oleh menantu-mentua yang bertelagah ini. Ikuti 4 tips dibawah ini. Semoga dapat membantu menjernihkan kembali hubungan dingin anda berdua.

1. Pujukan Isteri Solehah
Kadangkala ibu mentua anda itu hanya mahukan kasih sayang daripada anda. Di kala dia melalui masa-masa akhir dalam hidupnya, hanya perhatian dan kasih sayang anak-anak yang dia inginkan. Jika dia sudah terlupa dan sering marah-marah, dia sebenarnya sedang memarahi dirinya sendiri.

Katakan ibu mentua tidak sekalipun mengambil tahu hal suami anda sejak kecil lagi. Namun, hati seorang ibu itu tetap milik ibu. Ia mudah tersentuh dan sensitif sifatnya. Sampai masa apabila ibu sudah berusia dan matang, dia mula mengenang anak yang pernah tidak diambil tahu. Penyesalan akan hadir dalam dirinya. Jika ketika dirinya sudah menyesal, anda tidak belajar untuk memaafkan dan tidak memujuk suami agar belajar memaafkan maka anda seorang yang kejam. Didiklah hati agar menerima ibu mentua seadanya.

2. Belajar Terima
Benar, menantu anda kesayangan anak lelaki. Begitu juga, anda begitu di sayang anak lelaki. Tak bermakna anda boleh meminta menantu menjadi seperti apa yang anda idamkan. Menantu anda dibesarkan dengan latar, suasana malah sosio-ekonomi yang berbeza. Sudah tentulah dia tidak dapat sama pemikiran seperti mana ahli keluarga yang sudah terbiasa dengan didikan anda.  Begitu juga halnya dengan menantu, ibu mentua tidak sama sifatnya sebagaimana ibu anda sendiri.

Dirinya ada pendirian, karakter malah keinginan yang berbeza. Dan melalui perlakuan dan tindak tanduk itulah suami kesayangan anda itu telah dibesarkan. Dengan cara dan gaya kehidupannya. Sebab itulah, baik mentua mahupun menantu kena belajar untuk meraikan perbezaan masing-masing.

3. Belajar Bersyukur

Bukan sekadar ucapan “Saya bersyukur dengan apa yang saya ada” tetapi lebih kepada menghayati kesyukuran itu. Orang yang bersyukur adalah mereka bersabar dengan ujian.

Atas dasar itulah, anda perlu melihat sikap kurang senang mentua mahupun menantu yang kurang disenangi itu sebagai satu ujian hati. Kadangkala anda jengkel dengan sikap ibu mentua yang merumitkan kepala. Permintaan itu dan ini membuatkan anda putus asa untuk lebih mengasihinya.

Begitulah juga dengan sikap menantu yang tidak mendengar kata. Menghasut anak anda agar tidak lagi sayangkan anda. Mulalah anda rasa terpinggir dengan sikap menantu yang diibaratkan hantu itu. Sudahlah penat-penat membesarkan anak-anak, tiba-tiba kasih diragut oleh orang luar yang entah siapa-siapa latar belakangnya.

4. Ada Hati Lelaki Yang Berduka

Pertelingkahan antara menantu perempuan dan ibu mentua tidak seharusnya berlaku. Perlu difahami, seorang anak itu berdosa andai berkata “Ah!” kepada ibunya. Mentua juga sama tarafnya dengan ibu sendiri. Justeru, berdosa andai anda bergaduh atau berkecil hati dengan ibu mentua. Sebab itulah, anda perlu memahami hal ini. Andai anda tidak belajar untuk memaafkan ibu mentua, bermakna anda sedang melukakan hati pasangan anda. Bukankah ibu itu yang telah bersusah payah membesarkan dirinya. Tanpa ibu belum tentu, anda dapat bertemu dengan suami anda sekarang.

Pasti paling terkesan sekali adalah suami ataupun anak lelaki mentua anda itu. Boleh pening kepala memikirkan kesudahan dan jalan penamat kepada ketidakserasian yang berlaku. Jadi, janganlah buat suami anda kecewa. Sebagai anak belajarlah agar menerima payahnya dan kerasnya ibu mentua. Pasti di sebalik kekerasan ibu ada satu hal yang boleh melembutkan hatinya. Carilah hal itu daripada suami anda mahupun adik-beradiknya yang lain. Dapatkan sokongan mereka agar sama-sama membantu anda menjernihkan hubungan yang keruh itu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/