4 Tips Sayangi Diri Sendiri

Sayangi Diri Sendiri
Sayangi Diri Sendiri

Sayangi Diri Sendiri

Ramai yang lupa, sayangi diri sendiri adalah perkara paling mudah untuk dilakukan tetapi ramai di antara kita yang tidak ambil kisah tentang perkara ini. Dengan itu tidak hairanlah mengapa masalah sosial, kemurungan dan juga emosi yang tidak stabil juga makin meningkat sejak kebelakangan ini.

Jika anda tergolong di dalam sikap manusia yang cepat merasa simpati dengan kesusahan orang lain dan rela menghulurkan bantuan walaupun anda sedar yang pertolongan anda berikan itu boleh menyusahkan diri anda di kemudian hari seperti contoh memberi pinjam duit kepada kawan yang dalam kesusahan. Sikap mudah simpati anda ini bukanlah perkara yang boleh diamalkan kerana anda perlu semaikan perasaan sayangi diri sendiri dan bukannya orang lain.

Kadang-kala kita selalu menjaga hati orang disekeliling dan lupa untuk menjaga hati dan sayangi diri sendiri. Beberapa langkah dan cara mudah yang anda boleh lakukan untuk menjalani hidup yang lebih tenang dan sihat.

Ketahui 4 tips mudah untuk anda sayangi diri sendiri dan menjadi lebih sihat dari segi mental, fizikal dan juga rohani.

1. Ingat Orang Yang Tersayang

Sebelum ingin mengambil apa-apa keputusan, jangan lupa tentang orang yang tersayang seperti ibu bapa, suami, adik beradik dan sahabat handai. Mereka mungkin menaruh harapan yang tinggi dalam hidup anda oleh itu jangan mengecewakan mereka dengan melakukan perkara yang di luar batasan. Sentiasa ingat tentang hari esok dan balasan yang menanti jika keputusan yang diambil itu tidak sesuai.

2. Letakkan Keutamaan Pada Diri Anda Sebelum Orang Lain

Ya, kita tidak seharusnya menjadi selfish tetapi bayangkan jika anda tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri bagaimana anda ingin menolong orang lain. Oleh itu, put yourself before others dan segalanya akan menjadi lebih mudah untuk anda dan orang sekeliling.

3. Gembira Adalah Motivasi Utama

Resipi untuk jiwa yang tenang dan bahagia adalah untuk sentiasa bergembira, jika anda melakukan sesuatu kerana terpaksa ia akan menyebabkan hasil yang kurang memuaskan. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif kerana that is the start to a wonderful world!

4. Sentiasa Bersyukur

Jika anda ditimpa musibah atau masalah, jangan putus asa sebaliknya anda harus rasa bersyukur dengan apa yang masih kekal dengan anda dalam keadaan itu. Sentiasa berfikiran bahawa ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar dan teruk, dengan ini anda dapat bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan dan menyelesaikan masalah with a straight mind.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/