4 Tips Sihat Cara Wanita

Tips Sihat Cara Wanita
Tips Sihat Cara Wanita

Tips Sihat Cara Wanita

Kebanyakan cara wanita untuk kekal sihat lebih positif berbanding lelaki kerana faktor remeh tahu? Anda mungkin menganggap benda itu ‘simple’, tetapi sebenarnya ia membantu sentiasa sihat dan bertenaga. Pada artikel kali ini admin ingin berkongsi empat panduan kekal sihat mengikut cara wanita. Selamat mencuba!

1. Mandi

Sesetengah lelaki berpendapat pasangannya atau cara wanita mengada-ngada kerana hanya mahu mandi air suam. Tahukah anda, mandi dengan air suam dapat membuka liang pori serta membersihkan kulit secara keseluruhannya? Bahkan mencampurkan air mandian dengan garam laut dapat mengatasi penghasilan kedutan halus pada kulit. Kemudian, oleskan losen. Menggunakan losyen tidak mengurangkan sifat maskulin anda, ia hanya untuk kulit yang lebih segar dan sihat. Berhentilah berfikiran sempit! Malas berendam sedangkan cara begini yang terbaik untuk mengurangkan stres? Ajak sahaja isteri menyertai anda, selesai masalah.

2. Bawa Gel Antibakteria 

Mungkin anda rasa remeh, tetapi ia perlu. Membawa gel antibakteria bukanlah simptom kepada germaphobe (sejenis penyakit berkaitan dengan fobia), tetapi kerana cara wanita mereka ini selalu bersedia. Kata Joshua Zeichner, M.D., pengarah bahagian kosmetik dan dermatologi di The Mount Sinai Hospital, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk mengatasi penyebaran bakteria. Menurut panduan yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prenvention, menggunakan gel antibakteria ini sangat mudah. Hanya perlu dioleskan pada kedua-dua telapak tangan dan dibiarkan selama 15 saat untuk ia kering sendiri. Tak susah pun kan?

3. Bersihkan Wajah Sebelum Tidur

Menurut Ariel Ostad, M.D., pembantu profesor dermatologi di New York University Medical Center, lelaki lebih banyak menyentuh wajah mereka berbanding cara wanita, tanpa disedari. Tabiat ini boleh menyebarkan bakteria. Membersihkan muka pada waktu malam dapat mengurangkan minyak serta mengelakkan bakteria menutup liang pori pada wajah.

4. Timbang Berat Badan Setiap Hari

Sebuah kajian di University of Minnesota, menunjukkan orang menimbang beratnya setiap hari lebih banyak menurunkan berat mereka berbanding yang mengelak mesin penimbang. Menurut Caroline Cerderquist, M.D., pengarah perubatan, selain cara wanita untuk kekal sihat, lelaki tidak mudah perasan akan bentuk fizikalnya melalui baju yang mulai mengetat. Kebanyakan lelaki cenderung untuk naik berat badan pada bahagian abdomen, dan hanya perasan mereka semakin gemuk apabila bahagian pinggang pada seluar sudah betul-betul ketat. Biasanya, kegemukan pada bahagian inilah yang menyumbang kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti serangan jantung, diabetes, strok, dan kanser.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/