4 Tips Sihat Si Darah Manis

Si Darah Manis
Si Darah Manis

Si Darah Manis

Darah manis adalah gelaran atau panggilan untuk pasangan lelaki dan wanita yang sudah mengikat tali pertunangan dan hanya menunggu masa atau hari untuk melangsungkan perkahwinan. Biasanya si darah manis ini tak kira sama ada lelaki mahu pun wanita tidak akan dibenarkan keluar rumah malam-malam atau pergi melakukan aktiviti-aktiviti lasak di luar sana kerana dibimbangi boleh mendatangkan kecederaan atau berlaku kejadian buruk kepada si darah manis ini.

Faktor kesihatan dan keselamatan penting dalam merancang hari bermakna anda dan pasangan. Penjagaan kesihatan di samping melakukan aktiviti bermanfaat dapat mempersiapkan diri menghadapi hari bahagia anda dengan lebih tenang dan gembira.

Mari ikuti 5 tips sihat khas untuk anda bergelar si darah manis ini yang sedang menghitung hari menempuh hari bahagia bersama pasangan.

Emotion-Cruise-Honeymoon

1. Perjalanan Selamat

Jika anda ingin merancang pergi berbulan madu, pastikan perjalanan dan lokasi percutian selamat untuk dikunjungi. Jika anda mahu ke luar negara, ambil semua vaksin yang diperlukan mengikut kesesuaian tempat. Sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa menunggang kenderaan bermotor. Walaupun anda dan pasangan sudah bergelar pengantin baru tetapi masih juga dianggap si darah manis dan harus berhati-hati dalam apa jua yang anda lakukan semasa pergi berbulan madu.

JADEMOUNTAINBRIDES1

2. Pemakanan Sihat

Untuk si darah manis kekal sihat, makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Hadkan pengambilan makanan dan minuman berkalori tinggi, gula, garam, lemak dan lupakan alkohol. Pilih snek rendah lemak dan minuman rendah kalori juga pencuci mulut untuk tetamu anda.

xbest-honeymoon-destinations-venice.jpg.pagespeed.ic.9pDUtEJu2W

3. Bebas Rokok

Pilih lokasi bebas asap untuk majlis perkahwinan juga kala melakukan aktiviti lain. Jika si darah manis menghidu asap rokok, ia akan menyebabkan masalah kesihatan yang anda hadapi hampir menyamai kesihatan si perokok.

104

4. Elak Kecederaan

Pakai pakaian yang selesa agar tidak menjejaskan cara anda berjalan, berdiri atau menari. Pastikan kasut dan pakaian anda dikenakan dengan sempurna untuk mengelakkan dari terjatuh. Seeloknya pakaian diukur mengikut keselesaan badan sebelum memilih ia menjadi busana perkahwinan.

Si Darah Manis

5. Dapatkan Pemeriksaan

Ini adalah perkara yang diwajibkan buat si darah manis. Buat temu janji bersama doktor dan lakukan ujian serta pemeriksaan yang diperlukan mengikut umur, jantina dan sejarah kesihatan. Ujian kesihatan yang kerap boleh membantu mengenal pasti masalah kesihatan malah ianya boleh mencegah sesetengah masalah sebelum merebak.

2070725ef9b12db0d8d5b8ca3d28db6c

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/