4 Tips Terima Berita Buruk

Berita Buruk
Berita Buruk

Berita Buruk

Berita buruk yang didengar biasanya akan membuatkan kita seolah-olah hilang kawalan emosi dan boleh menangis dengan tiba-tiba hingga mengejutkan orang di sekeliling kita di tempat kerja. Biasanya berita buruk yang diterima atas pemergian orang yang kita paling sayangi dan ahli keluarga yang mempunyai pertalian yang sangat rapat.

Namun sebagai orang Islam kita sudah ada garis panduan dan tidak boleh terlalu meratapi pemergian orang yang tersayang. Sekiranya kita menerima berita buruk dari seseorang, perkara pertama yang kita harus buat ialah beristighfar dan menenangkan diri. Buat beberapa panggilan untuk mengesahkan kebenaran berita buruk yang baru anda dengar sebentar tadi.

Rezeki, jodoh dan ajal semuanya terletak di tangan Tuhan tetapi apakah yang akan terjadi jika orang yang anda paling dekat dan sayangi tiba-tiba ditimpa musibah penyakit kronik dan hanya menghitung hari untuk memejamkan mata untuk selamanya? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul apabila anda terima berita buruk ini.

Di bawah ini, admin akan berikan 4 tips terima berita buruk dan nasihat supaya anda lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi situasi seperti ini.

1. Redha Dengan Ketentuan Ilahi
Setiap penyakit yang menimpa seseorang itu mempunyai sebab yang tersendiri oleh itu jangan persalahkan sesiapa dalam hal ini. Redha dengan segala keputusan dan kejadian yang telah ditetapkan tetapi pada masa yang sama sentiasa usaha untuk sembuh.

2. Jangan Cepat Melatah
Anda sebagai anak, rakan, suami, isteri atau sesiapa sahaja yang terdekat dengan pesakit, jangan mudah untuk menunjukkan bahawa anda telah putus asa apabila menerima berita buruk. Kesedihan anda hanya akan menambahkan kerungsingan kepada pesakit oleh itu sentiasa ceriakannya dan lemparkan kata-kata semangat sebanyak yang mungkin.

3. Sentiasa Luangkan Masa
Jika dulu anda hanya meluangkan beberapa masa bersama, kali ini lebihkan waktu anda bersamanya kerana walaupun anda tidak dapat untuk menyembuhkan atau mengurangkan kesakitan yang dialami tetapi dengan masa yang diluangkan sedikit sebanyak akan menyenangkan hatinya kerana tiada apa yang lebih bermakna dan berharga daripada masa yang kita beri.

4. Tunaikan Segala Permintaannya
Bagi sesetengah pesakit, mungkin mereka dapat merasakan bahawa masa untuk mereka amat terhad dan suntuk oleh itu ambil peluang ini untuk merealisasikan kesemua permintaanya (yang realistik) dan jika apa yang dipinta itu susah ataupun tidak sesuai dilaksanakan maka berterus-teranglah dengannya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/