4 Tips Tunda Kereta Rosak

tunda kereta rosak
tunda kereta rosak

tunda kereta rosak

Masalah kereta rosak sememangnya satu masalah yang sukar diduga kerana ia melibatkan faktor penjagaan kereta dan berapa lama ianya tidak diservis. Lebih-lebih lagi masalah kereta rosak ini berlaku apabila anda dalam perjalanan menuju ke tempat kerja atau menghadiri majlis-majlis penting. Senario kereta rosak ini boleh dielakkan sekiranya anda menitikberatkan hal penjagaan kereta anda dengan terperinci mengikut jadual yang ditetapkan dan jangan ‘overdue’.

Kali ini admin ingin kongsikan 4 tips yang perlu anda tahu jika anda ingin menggunakan trak tunda apabila kereta rosak. Anda perlu tahu kerana jika salah pilih trak tunda, anda mungkin terpaksa bayar kos yang mahal.

4 tips untuk tunda kereta rosak ialah :

1. Telefon Hotline Syarikat Insurans Atau Takaful

Perkara pertama yang perlu anda buat jika mengalami masalah kereta rosak atau kemalangan, pastikan anda telefon hotline pihak Insurans atau Takaful Am anda dan minta bantuan Trak Penunda dari mereka. Ini penting kerana kebiasaannya mereka ada menyediakan trak tunda panel insurans anda dan perkhidmatan mereka ini adalah PERCUMA dan tidak perlu dibayar.

2. Tunda Kereta Rosak Secara Berperingkat

Jika anda mengalami masalah kereta rosak di luar kawasan atau jauh jarak dari rumah, anda boleh menunda kereta rosak anda  secara berperingkat-peringkat dari lokasi A ke lokasi B pada hari pertama, kemudian menunda lagi dari Lokasi B ke Lokasi C pada hari seterusnya dengan menggunakan panel trak tunda anda. Ia masih lagi PERCUMA.

3. Tunda Atau Towing Ke Bengkel Berhampiran

Jika tayar kereta anda pancit dibahagian depan, anda masih lagi boleh towing ke bengkel terdekat dengan kos PERCUMA.

4. Dapatkan Kos Sebenar Secara Bertulis 

Jika anda membeli polisi insurans atau takaful yang tidak menyediakan khidmat trak tunda, sebelum kereta anda ditarik, pastikan dulu KOS SEBENAR trak tunda tersebut ke bengkel yang hendak dituju. Ini penting sebab, kadang-kadang ada trak tunda mengambil kesempatan dan mengenakan kos tunda sehingga RM800 untuk sekali tunda.

Kesimpulannya, anda dinasihatkan untuk membeli polisi Insuran atau Takaful Am yang menyediakan perkhidmatan Trak Tunda PERCUMA untuk kemudahan anda pada masa-masa yang akan datang sekiranya anda menghadapi masalah kereta rosak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/