5 Akibat Berhenti Berjimak

Akibat Berhenti Berjimak
Akibat Berhenti Berjimak

Akibat Berhenti Berjimak

Berhenti berjimak atau berhenti melakukan hubungan seks bagi pasangan yang sudah berkahwin akan menyebabkan sistem tubuh badan terganggu dan juga menyebabkan seseorang itu stress. Ada pelbagai sebab mengapa kehidupan seks anda kembali menjadi hambar dan dingin. Ada yang disebabkan oleh terlalu banyak tekanan kerja, selalu berpindah dan melalui waktu perpisahan yang sukar.

Ia seperti meruntuhkan binaan pertama Domino, ketiadaan seks atau berhenti berjimak dengan pasangan anda, boleh sedikit sebanyak mempengaruhi dan menjejaskan kehidupan anda dalam pelbagai cara untuk jangkamasa panjang. Jika anda berjimak 2 atau 3 kali seminggu sebelum ini dan mengurangkan rutin tersebut kepada satu kali dalam seminggu ianya juga akan menjejaskan emosi anda dan pasangan.

Berikut dibawah ini adalah lima perkara yang bakal terjadi jika anda dan pasangan berhenti berjimak atau berhenti melakukan hubungan seks.

1. Meningkat Risiko Mati Pucuk

Lelaki yang sering  berjimak atau kerap melakukan hubungan seks mempunyai kebarangkalian yang sangat kurang untuk menghadapi masalah mati pucuk daripada lelaki yang kurang atau berhenti berjimak. Zakar juga adalah sebahagian daripada otot anda dan jika ia jarang digunakan ia juga boleh menyebabkan impoten.

2. Perasaan Ragu-Ragu Dalam Perhubungan

Jarang berjimak atau melakukan seks boleh menyebabkan anda mula berasa ragu-ragu terhadap perhubungan anda. Ini adalah kerana salah seorang daripada anda akan mulai curiga bahawa pasangan anda akan curang di belakang anda untuk mencari kepuasan seks dengan orang lain. Seks atau berjimak merupakan salah satu daripada ekspresi kehidupan berumahtangga yang bahagia.

3. Anda Akan Berasa Lebih Gelisah

Dengan berjimak dapat membantu anda untuk melepaskan segala bentuk tekanan dari badan anda. Mereka yang kurang atau berhenti berjimak dengan pasangan mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri untuk menyelesaikan masalah dan konfliks peribadi mereka. Ketika melakukan hubungan seks minda anda akan membebaskan kimia yang membuatkan ada berasa lebih hebat.

4. Risiko Kanser Prostat Meningkat

Bagi lelaki yang berhenti berjimak secara mendadak akan terlepas kebaikan yang didapati dalam membantu melindungi prostat mereka. Kajian turut mendapati mereka yang kerap berjimak atau melakukan hubungan seks dan menikmatinya akan mengalami kurang risiko untuk mendapat kanser prostat. Sebabnya adalah jika anda memancutkan air mani ia boleh mengeluarkan bahan-bahan asing yang berkumpul di dalam prostat anda.

5. Mudah Dijangkiti Demam Dan Selsema

Paling malang adalah apabila anda kurang atau berhenti berjimak, anda akan terlepas segala kebaikan yang membantu tubuh anda untuk melawan penyakit pada setiap hari. Kajian mendapati mereka yang mengadakan hubungan seks secara tetap akan menikmati khasiat dari immunoglobulin (IgA) sebanyak 30% lebih banyak dari mereka yang tidak melakukannya. IgA adalah bahan pertama yang menghalang tubuh kita dari serangan penyakit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/