5 Aksi Romantik Lepas Seks

aksi romantik
aksi romantik

aksi romantik

Lelaki atau suami biasanya akan melupakan aksi romantik selepas berasmara dengan pasangan di atas ranjang. Apakah aksi romantik lepas seks yang admin maksudkan? Aksi romantik lepas seks adalah keinginan dan nafsu seks yang membuak-buak yang masih sama sebelum mencapai kepuasan terpancutnya air mani atau pun lebih dikenali dengan klimaks. Aksi romantik  inilah yang selalunya diabaikan oleh lelaki dan membuatkan isteri atau pasangan merasakan dirinya tidak dihargai dan hanya jadi tempat untuk memuaskan nafsu seks sahaja.

Tanggapan ini seharusnya harus disangkal oleh suami sepenuhnya dengan melakukan aksi romantik kerana hubungan seks atau hubungan intim antara suami isteri merupakan lambang kasih sayang. Ia juga menjadi keperluan asas  yang harus dipenuhi bagi pasangan suami isteri. Tapi dalam hal ini ada sebahagiannya lebih mementingkan aktiviti seks, namun ada juga yang lebih tertarik pada perlakuan pasangan setelah seks itu selesai. Aksi romantik lepas seks amat berbeza sekali dengan foreplay iaitu aktiviti pemanasan badan sebelum melakukan hubungan seks dengan memasukkan zakar ke dalam faraj.

Menyentuh tentang perlakuan aksi romantik selepas seks sebenarnya ramai wanita merasa kecewa dengan sikap suami. Selepas melakukan hubungan seks sering kali suami meninggalkan isteri tanpa ada tindakan aksi romantik selanjutnya. Akibatnya ada isteri berasa sikap suami seperti perumpamaan habis madu sepah dibuang. Lalu apa yang sebaiknya dilakukan setelah melakukan hubungan seksual?

Berikut di bawah ini adalah 5 aksi romantik dan beberapa tindakan yang dikategorikan sebagai aksi romantik lepas seks.

1. Pelukan Hangat
Akhirinya dengan pelukan yang hangat. Pelukan atau dakapan merupakan salah satu bentuk ikatan antara pasangan. Ia perlu untuk meningkatkan cinta dan mengeratkan hubungan pasangan suami isteri. Tidur dengan berpelukan adalah aksi romantik yang harus dilakukan. Isteri pasti selesa tidur dalam dakapan suami. Ia akan membuat dirinya rasa selamat, dilindungi dan disayangi.

2. Kucupan Mesra
Aksi romantik dengan melakukan kucupan mesra selepas melakukan hubungan seks akan membesarkan rasa cinta terhadapa pasangan. Selain mencium bibirnya, anda juga boleh mengucup tangan, pipi mahupun dahinya sebagai tanda terima kasih dan penghargaan anda terhadap isteri anda.

3. Ungkapan Cinta
Berkomunikasi setelah melakukan hubungan seks kadang kali dilupakan oleh kebanyakan pasangan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita mendambakan ungkapan cinta dan rasa sayang daripada suami setelah melakukan hubungan seks. Menurut mereka, itulah tanda cinta yang sebenarnya, bukan hubungan intimnya. Namun kenyataan kebanyakan lelaki tidak melakukannya.

4. Beri Pujian
Memberi pujian setelah melakukan hubungan seks antara suami isteri sangat besar pengaruhnya terhadap mental. Ia banyak berkait dengan kepercayaan diri baik daripada pihak suami mahupun isteri apatah lagi jika pasangan sudah lama berkahwin. Kadang kali kedua-duanya merasa bosan dan menganggap pasangan tidak lagi menarik. Kepekaan suami mahupun isteri sangat diperlukan. Anda sebagai isteri boleh mengungkapkan bahawa anda akan tetap menikmati hubungan intim bersamanya dan akan terus mencintai suami seadanya.

5. Sentuhan Atau Belaian Manja
Sebagai wanita pastinya akan merasa bahagia bila suami membelai rambut, memegang tangan sambil mengungkapkan rasa cinta terhadap diri anda. Sebagai isteri juga anda wajib melakukan perkara yang sama. Pegang tangan suami dan belai wajahnya. Ada masanya lelaki memerlukan perkara ini untuk menyakinkan mereka bahawa dirinya sangat disayangi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/