5 Cabaran Ibu Bekerja

ibu bekerja
ibu bekerja

ibu bekerja

Cabaran yang dihadapi oleh ibu bekerja bukannya sekadar melayan suami, menyiapkan makan dan minum malah menyiapkan anak-anak awal pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh atau pun taska.

Zaman globalisasi sekarang memang amat mencabar dari segi sosio-ekonomi dan perbelanjaan isi rumah yang kian meningkat disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan tidak boleh dielakkan. Disebabkan faktor inilah yang membuatkan isteri iaitu ibu kepada anak-anak terpaksa keluar bekerja demi membantu suami mencari nafkah untuk keluarga dan kelangsungan hidup.

Berikut dibawah admin senaraikan 5 cabaran ibu bekerja yang terpaksa ditempuhi demi membantu meningkatkan ekonomi rumahtangga :

1. Risau Keadaan Anak

Naluri ibu bekerja akan sentiasa rindukan anak-anaknya yang ditinggalkan di rumah pengasuh walaupun seketika. Ini kerana hatinya sentiasa risau makan minum anaknya apa aktiviti yang dibuat. Ibu mana yang tidak risau pada anak yang berjauhan darinya.

2. Masak Untuk Keluarga

Sesetengah ibu bekerja pasti bersetuju, makan di luar sememangnya tidak elok untuk keluarga dan selalunya tidak menepati citarasa dan kehendak selera. Namun apakan daya, apabila terlalu penat dan malas membuatkan ibu bekerja ini tidak dapat memberi masakan dari air tangannya sendiri kepada anak-anak. Jauh disudut hati tersimpan perasaan kecewa. Bagi suami pula, apa salahnya sekali sekala memasak di dapur untuk isteri dan anak-anak.

3. Masa Bersama Suami

Pengorbanan ibu bekerja yang paling besar adalah terpaksa menolak ajakan suami untuk bersama pada waktu malam kerana kepenatan setelah seharian bekerja. Suami harus memahami perasaan seorang isteri yang membantu mencari nafkah dan jangan pentingkan nafsu sendiri sahaja.

4. Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak Yang Terhad

Ibu bekerja hanya dapat meluangkan masa berkualiti yang terhad pada hari persekolahan sahaja dengan menghantar anak-anak ke sekolah, rumah pengasuh ataupun taska. Elakkan bekerja lebih masa pada hujung minggu untuk bersama anak-anak.

5. Penat Yang Teramat Sangat

Lumrah ibu bekerja rutin harian dilalui dengan bergegas mengambil anak setelah penat seharian di pejabat. Tiba di rumah ada saja kerja-kerja rumah yang nak dilakukan. Ini menyebabkan ibu bekerja tidak cukup waktu rehat kerana tidur lambat menguruskan keluarga dan terpaksa bangun di awal pagi keesokan harinya. Bersyukur jika mempunyai suami yang ringan tulang di dalam membantu mengemas rumah.

Rasulullah SAW bersabda : ” Wahai Fatimah bertaqwalah kepada Allah, tetapkanlah menyempurnakan kewajipanmu kepada Allah dan kerjakanlah pekerjaan rumahtanggamu. Kemudian apabila engkau tidur ucapkanlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 34 kali. Ini lebih baik bagimu daripada seorang pembantu. “

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/