5 Ciri Orang Suka Berhutang

Ciri Orang Suka Berhutang
Ciri Orang Suka Berhutang

Ciri Orang Suka Berhutang

Suka berhutang adalah satu tabiat yang tidak sihat dan jika dimulakan ianya akan menjadi kebiasaan dan akhirnya tabiat suka berhutang ini menjadi sebati di dalam diri dan sukar dibuang. Sikap  suka berhutang yang menjadikan duit sebagai tujuan utama untuk menyelesaikan sesuatu masalah bukanlah satu jalan yang selamat untuk semua orang. Masih terdapat jalan lain atau option yang boleh diusahakan selain daripada terus bergelumang dengan sikap suka berhutang.

Masalah anak muda sekarang ialah suka sangat berhutang semata-mata untuk memenuhi keinginan yang tak penting kerana terikut-ikut kawan-kawan dengan gaya hidup yang boros, suka berbelanja tanpa had dan juga lebih kepada memenuhi kehendak berbanding keperluan sehingga keperluan asas diabaikan. Bila hutang banyak, mula la pening kepala. Hidup makan pagi kais pagi hanya untuk bayar hutang je. Takut-takut muflis nanti..

Adakah anda ni jenis yang suka berhutang ke? Cuba tengok 5 ciri-ciri orang yang suka berhutang seperti dibawah ini, ada tak ciri-ciri tersebut pada diri anda?

1. Tak Buat Catatan Kewangan

Mereka yang suka berhutang ni memang tak pandai uruskan kewangan, sebab tu duit habis macam tu je. Lepas tu mula la berhutang. Catat setiap perbelanjaan supaya anda tahu ke mana duit anda pergi.

2. Tak Ada Duit Simpanan

Bila sampai satu masa nak pakai duit, tapi tak ada simpanan, jalan yang tinggal ialah dengan sikap suka berhutang. Tak kira gaji kecil mana pun, belajar untuk menyimpan.

3. Tak Boleh Tengok Orang Lain Lebih

Pernah tak anda beli sesuatu sebab orang lain pun ada? Jangan! Ini namanya hasad dengki. Jika tak mampu beli dan tak gunakannya, tak perlu la nak beli.

4. Cara Hidup Lebih Dari Gaji

Katakanlah gaji RM2,000, takkan la nak hidup macam gaji RM4,000. Nak pergi melancong ke luar negeri la, apa la. Mana nak dapat duit? adakah dengan cara suka berhutang?

5. Suka Beli Barang Yang Tak Perlu

Mungkin anda mampu bayar semua bil kad kredit setiap bulan. Tetapi, kalau ada hobi membeli barang yang tak diperlukan, itu namanya membazir. Dah la suka berhutang, tapi beli barang tak guna. Motif!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/