5 Ciri Rumahtangga Idaman

rumahtangga idaman

doa-keluarga-bahagia

Rumahtangga idaman adalah menjadi impian dan dambaan bagi semua pasangan suami isteri. Berusaha untuk mewujudkan rumahtangga idaman bersama-sama merupakan satu jalan panjang yang harus ditempuh dengan melakukan banyak pengorbanan. Rumahtangga idaman akan menjadi satu bentuk angan-angan dan khayalan sahaja bagi mereka yang tidak berusaha menjadikannya realiti bersama pasangan masing-masing.

Meskipun untuk menggapai rumahtangga idaman bukan merupakan jalan yang mudah, rumahtangga idaman boleh dikenali melalui ciri-cirinya kemudian diusahakan bersama-sama untuk merealisasikan. Apalagi, rumahtangga idaman adalah salah satu jalan untuk menjadikan rumah itu sebagai syurga sebelum kita merasai syurga yang sebenarnya di akhirat kelak.

rumahtangga idaman

rumahtangga idaman

1. Sumber Rezeki Halal Dan Jelas

Faktor rezeki yang jelas dan halal sumbernya adalah kunci kepada kebahagiaan rumahtangga idaman. Ianya bagaikan nafas kerana salah satu keperluan asas bagi pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan iaitu komitmen. Rumahtangga idaman akan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT dengan menggunakan sumber rezeki yang halal, memenuhi hak-hak dan kewajiban harta, serta memiliki kesepakatan yang baik terkait penggunaan harta itu sendiri.

2. Tidak Bermewah-Mewahan Dan Berlebih-Lebihan

Memiliki harta benda duniawi hanyalah untuk keperluan keluarga sahaja bukan kehendak materialistik semata-mata. Dengan bertambahnya ahli keluarga iaitu anak-anak yang sedang membesar, mereka memang harus memiliki kenderaan untuk memudahkan mereka pergi ke kelas untuk belajar dan jika pergi ke masjid atau majlis-majlis ilmu lebih afdal berkongsi kereta pergi bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan sesama anak beranak. Ini kerana anak-anak yang sudah membesar kebiasaannya mereka suka membawa haluan masing-masing dan ingin berdikari, namun sebagai ketua keluarga untuk menjadikan rumahtangga idaman sebagai matlamat dan impian bersama haruslah menerangkan dan memberi nasihat kepada anak-anak ini.

3. Landasan Rumahtangga Idaman Adalah Ketaqwaan

Sifat ketaqwaan di dalam mengerjakan perintah Allah SWT dengan kemampuan terbaik dan menjauhi seluruh larangan Allah SWT. Taqwa adalah jalan keluar kepada semua masalah dan merupakan satu keberkahan hidup di dunia dan keselamatan di dunia dan akhirat. Dengan landasan taqwa, sebuah rumahtangga tidak sibuk dengan urusan dunia yang sementara ini kerana fokus mereka adalah pada pencapaian akhirat yang abadi.

4. Kebahagiaan Rumahtangga Idaman Adalah Taat

Ada banyak rumahtangga yang hanya merasa bahagia ketika memiliki rumah, kereta dan harta benda duniawi. Meski pun ianya tidak salah, namun kebahagiaan sejati bagi rumahtangga idaman adalah ketaatan kepada Allah SWT melalui ketenangan jiwa dan seluruh anggotanya. Melalui sifat taat ini, ketenangan akan dilimpahkan ke dalam sanubari isteri dan anak-anak, sehingga membuatkan kebahagiaan adalah jaminan bagi mereka.

5. Keutamaan Dan Bersederhana

Untuk mencapai impian mewujudkan rumahtangga idaman bukanlah bermaksud kita mengabaikan terus hal-hal berkaitan keduniaan. Ini kerana mengejar dunia untuk amalan fardhu kifayah dengan hidup bermasyarakat adalah amat dituntut di dalam agama sebagai bekalan amal sebelum kita menuju ke alam akhirat. Oleh itu hal duniawi ini, di dalam rumahtangga idaman selalu menjadikan kesederhanaan dan keutamaan iaitu barang-barang keperluan duniawi untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Mulai dari rumah, pakaian, kenderaan, makanan, dan sebagainya.

Semoga Allah SWT memberikan kita kurniaan rumahtangga idaman agar selamat dunia dan akhirat. Aamiin.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/