5 Ciri Wanita Membosankan

wanita yang membosankan
wanita yang membosankan

wanita yang membosankan

Adakah anda sering merasa hidup anda begitu membosankan? Tidak mempunyai ramai kawan dan juga hidup single dalam jangka masa yang lama? Mungkin bukan hidup anda yang membosankan tapi diri anda yang membosankan. Ketahui ciri-ciri wanita yang membosankan dengan meneruskan bacaan anda.

Semoga anda tidak tergolong di dalam 5 ciri wanita yang membosankan seperti dibawah ini.

1. Suka Mengkritik
Wanita yang membosankan adalah wanita yang suka mengkritik dan tidak suka pada perubahan. Disebabkan anda tidak suka akan perubahan, anda sering mengkritik itu dan ini. Bagi orang lain, perubahan dan inovasi adalah kegembiraan namun bagi anda itu semua lebih mendatangkan kesan yang negatif.

2. Terlalu Serius
Hidup itu menyenangkan, ada perkara yang tidak perlu difikir secara serius dan mampu membuatkan anda ketawa. Namun bagi wanita yang membosankan mereka akan menganggap semua perkara adalah serius dan tidak boleh dibawa bergurau. Apa yang anda inginkan ialah semuanya mengikut apa yang anda fikirkan hingga sukar untuk menerima perubahan. Walhal perubahan dalam hidup adalah sebahagian warna-warni dalam kehidupan.

3. Suka Bersendiri Dan Mengongkong
Wanita yang membosankan adalah wanita yang suka mengongkong dan suka bersendiri. Adakalanya kita tidak bertemu dengan kawan dalam jangka masa yang lama dan ingin bertemu di hujung minggu. Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab yang tertentu. Sebaliknya anda tidak bersedih dengan tidak jadi bertemu malahan anda menjadi gembira kerana tidak perlu jumpa dengan kawan tadi. Dan lebih memburukkan keadaan lagi anda juga suka mengongkong hidup pasangan anda dari keluar berjumpa dengan kawan-kawan lama.

4. Jarang Keluar Jalan-Jalan Atau Berhibur
Wanita yang membosankan adalah wanita yang sangat jarang untuk keluar jalan-jalan dan berhibur. Anda lebih suka menghabiskan masa duduk di rumah dan sering menolak pelawaan bila diajak keluar. Jika anda memang memerlukan ruang untuk sendiri, ianya tidak mengapa. Tapi jika sudah selalu, ianya akan mendatangkan buruk sangka.

5. Tidak Berubah
Wanita yang membosankan adalah wanita yang tidak berubah. Dari dulu hingga sekarang tiada kemajuan dan perubahan yang boleh dibanggakan kerana wanita jenis ini adalah wanita yang suka duduk di takuk lama dan suka duduk dibawah tempurung. Ketika orang lain bertanya tentang anda, anda bingung untuk menjawabnya kerana hidup anda seolah tidak berubah dan kekal begitu sahaja dari dulu hingga sekarang seolah-olah anda tiada keinginan atau berusaha untuk berubah jadi lebih baik lagi.

Kesimpulannya, sebagai manusia yang hidup bermasyarakat dan berjiran. Tidak salah untuk anda sebagai wanita untuk hidup bersosial tetapi kena ada batasnya. Bagi wanita yang sudah bersuami dan berkeluarga, tidak salah untuk sekali sekala untuk anda keluar dengan kawan-kawan sekolah lama untuk berjumpa asalkan jangan terlalu kerap. Minta izin suami sebelum keluar rumah dan pastikan semua urusan rumahtangga siap sepenuhnya dan tidak diabaikan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/