5 Etika Seks

Etika Seks
Etika Seks

Etika Seks

Etika seks atau peraturan ketika melakukan hubungan seks ada etika atau garis panduan yang harus dipatuhi oleh anda dan pasangan. Etika seks mendidik suami isteri daripada melakukan hubungan seks secara semberono atau sebarangan yang boleh menyebabkan hubungan seks menjadi hambar dan dingin.

Sesi hubungan kelamin atau ketika melakukan seks tentunya perkara yang paling mengujakan buat pasangan suami isteri. Namun, masih juga ada etika seks yang harus dipatuhi dan juga perkara yang anda awasi supaya tiada rasa janggal antara anda berdua berdua nanti.

Pada artikel kali ini, admin ingin berkongsi 5 etika seks yang harus dipatuhi di bawah ini agar ianya menjadi panduan untuk anda melayari bahtera dan kepuasan bersama pasangan.

1. Berat Sebelah

Etika seks yang pertama, jangan mengharapkan sesuatu yang anda juga tidak sanggup lakukan. Jika anda ingin dia melakukan dalam posisi seks yang berlainan dari selalu, dapatkan persetujuan daripada pasangan anda dan anda juga perlu bersedia untuk memberi dia kepuasan yang sama.

2. Unsur Paksaan

Setiap manusia tidak suka dipaksa, termasuk anda dan pasangan. Justeru, untuk etika seks yang kedua jangan ada unsur paksaan terhadap pasangan dengan menyuruh dia menuruti kehendak anda yang merepek dan menyusahkan. Apabila tiada keikhlasan di dalam melakukan hubungan seks, maka tiada rasa kepuasan dalam hubungan kelamin kalian.

3. Salah Pilih Tempat

Sudah bosan memadu asmara di dalam kamar tidur atau di atas ranjang, anda ingin mencuba sesuatu di luar jangkaan contohnya di dalam kereta atau di balik semak jangan mengarut kerana ia akan memudaratkan dan menyusahkan. Etika seks adalah perihal ‘bawah selimut’ yang perlu dijaga privasinya hanya antara kalian berdua. Jangan memalukan diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang tidak senonoh sebegitu.

4. Pengaruh Aksi Filem Lucah

Etika seks yang keempat, jangan terlalu terpengaruh dengan jalan cerita atau aksi di dalam filem lucah yang menggambarkan keasyikan tiada bandingan. Bezakan dunia realiti dan lakonan. Jangan terpedaya dengan “persembahan” pelakonnya kerana ia sekadar lakonan dan aksi mereka disunting untuk hebatkan aksi itu.

5. Elak Seks Ketika Sakit Atau Datang Haid

Anda sudah membuat rancangan untuk menikmati saat manis bersama pasangan dengan tempahan makan malam romantis dan penginapan mewah di hotel, namun si dia pula diserang demam panas atau datang haid secara tiba-tiba. Walaupun anda kecewa kerana rancangan tidak menjadi, namun patuhi etika seks dan hormatilah keadaannya yang sedang sakit. Beri dia ruang untuk berehat. Dengan sikap toleransi ini, ia membuatkan rasa kasihnya pada anda berlipat ganda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/