5 Fadhilat Bulan Ramadhan

Fadhilat Bulan Ramadhan
Fadhilat Bulan Ramadhan

Fadhilat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca petuabahagia.net … Artikel kali ini admin akan bincangkan tentang bulan puasa ataupun bulan Ramadhan yang akan kita sambut lagi 6 hari lagi.. Seperti yang kita semua maklum, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh mulia. Bulan Ramadhan ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada umat Islam dan lebih-lebih lagi dari segi kesihatan amnya.

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

“Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

Bulan Ramadhan adalah bulan keampuan dan bulan rahmat yang penuh barakah..kehadirannya membuatkan umat Islam gembira kerana di dalam bulan Ramadhan ini semua pintu neraka ditutup dan hanya pintu syurga yang dibuka. Umat Islam diwajibkan untuk berpuasa di bulan ini. Mereka juga, digalakkan untuk memperbanyakkan amalan  kerana di bulan Ramadhan ini pahalanya adalah berganda jika dibandingkan bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan ini boleh dimanfaatkan untuk mengejar pahala.

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya”

Mereka yang berpuasa pada bulan Ramadhan akan mendapat balasan syurga dan permintaanya dikabulkan oleh Allah SWT. Mereka juga mendapat peliharaan Allah SWT dan juga dijanjikan mahligai yang indah di syurga.. Setiap kali orang yang berpuasa ini sujud, dia akan dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Dari segi kesihatan pula, berpuasa dapat menjadikan tubuh manusia lebih sihat :

1. Kesihatan jantung & pembuluh darah

Ketika berpuasa, tubuh kita akan melakukan peningkatan HDL dan penurunan LDL dipanggil “chronobiological” yang menjadikan jantung dan pembuluh darah lebih sihat.

2. Ketenangan

Selain menahan lapar,seseorang juga perlu menahan amarah dimana hal itu dapat memberikan ketenangan kepada seseorang.

3. Fikiran lebih tajam 

Puasa membuat fikiran lebih tenang dan juga agak lambat tetapi sifat ini dibuktikan  dapat membuat seseorang berfikiran lebih tajam.

4. Mengurangkan obesiti

Berpuasa dapat memperbaiki sistem pencernaan dan serta melancarkan sistem pembuangan air.

5. Imunisasi tubuh meningkat

Ketika seorang berpuasa maka akan terjadi peningkatan Limfosit sampai dengan 10 kali lipat dalam tubuhnya, hal ini memberikan pengaruh yang besar terhadap sistem imuniti tubuh, sehingga puasa  dapat menghindarkan kita dari berbagai virus dari lingkungan luar atau makanan yang tidak baik.

Sesungguhnya kewajipan berpuasa itu mempunyai manfaat yang sangat besar pada tubuh badan kita….jadi jangan skip puasa ok..kecuali bagi mereka yang keuzuran…semoga bermanfaat..Salam Ramadhan..

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “5 Fadhilat Bulan Ramadhan”

  1. […] Apa itu fidyah? Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. […]

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/