5 Gejala Kutu Kelamin

Gejala Kutu Kelamin
Gejala Kutu Kelamin

Gejala Kutu Kelamin

Anda percaya atau tidak, kutu kelamin boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira lelaki wanita, tua atau muda mahupun remaja. Khususnya remaja yang aktif secara seksual, baik wanita mahupun lelaki. Hanya kebersihan sahaja yang boleh mencegah kutu kelamin daripada menetap atau bersarang di kawasan alat sulit.

Apabila anda diserang kutu kelamin ini tentulah anda berasa gatal dan tidak selesa. Malah tangan anda akan bergerak laju untuk menggaru bahagian kemaluan akibat daripada rasa gatal. ‘Pediculosis Pubic’ atau Pubic Lice atau Kutu Pubic adalah serangga parasit penghisap darah yang hidup di sekitar kelamin, dan manusia adalah satu-satunya tuan rumah kepada parasit ini.

Ketahui 4 Penyebab Dan Penularan Kutu Kelamin Pada Kemaluan Manusia

1. Haiwan Peliharaan

Kucing atau haiwan peliharaan lain sebenarnya tidak terlibat dalam penyebaran kutu manusia ini.

2. Kutu Kelamin Tidak Melompat Atau Terbang

Kutu ini tidak melompat atau terbang. Ini bermakna ia terjadi melalui hubungan sentuhan atau perkongsian, seperti melalui tuala, cadar, seluar dalam dan sebagainya.

3. Cara Jangkitan

Sumber jangkitan kutu kelamin adalah melalui hubungan intim atau seks dengan mereka yang terkena jangkitan.

4. Elakkan Melakukan Hubungan Seks

Disebab penularan tersebut terjadi sepanjang hubungan intim, hubungan seksual sebenarnya tidak diperlukan bagi penyebaran kutu kelamin ini.

5 Gejala Kutu Kelamin

1. Demam

Rasa seperti mahu demam, rasa perit ketika membuang air kecil atau keluarnya cecair pada kemaluan.

2. Menggaru Tanpa Henti

Apabila anda menggarunya tanpa henti ia boleh menyebabkan kulit terluka dan jangkitan bakteria terjadi pada kemaluan.

3. Rasa Gatal

Rasa gatal dan melepuh di sekitar kawasan kemaluan.

4. Boleh Tersebar Pada Anggota Badan Yang Basah

Rasa gatal boleh tersebar kerana kutu kelamin bergerak ke kawasan-kawasan basah yang lain, daripada tubuh seperti ketiak.

5. Parah

Rasa gatal akan menjadi lebih parah atau teruk pada malam hari.

 

Nota Kaki Petua Bahagia : 

Jika gejala-gejala awal sudah menunjukkan bahagian kemaluan anda dijangkiti kutu kelamin, apa yang perlu anda lakukan ialah mencuci bulu-bulu kemaluan tersebut. Lakukan selama lima minit dan bilas.

Setelah dibilas, gunakan sikat halus atau sikat kutu yang dapat menghilangkan telur kutu. Gunting bulu kemaluan atau bercukur untuk mengurangi jumlah kutu dan telur dari kutu kelamin ini.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/