5 Hikmah Bersabar

Hikmah Bersabar
Hikmah Bersabar

Hikmah Bersabar

Sikap bersabar adalah sikap mulia dan terpuji di sisi Allah SWT kerana sikap bersabar dapat mendidik manusia menjadi seorang yang penyayang dan mempunyai hati yang baik. Dengan bersabar seseorang itu akan sentiasa disayangi dan diingati oleh orang di sekeliling kerana sifat sabar itu adalah separuh daripada iman.

جَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْجَبُ وَيَتَبَسَّمُ فَلَمَّا أَكْثَرَ رَدَّ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ فَغَضِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَامَ فَلَحِقَهُ أَبُو بَكْرٍ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَانَ يَشْتُمُنِي وَأَنْتَ جَالِسٌ فَلَمَّا رَدَدْتُ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ غَضِبْتَ وَقُمْتَ قَالَ إِنَّهُ كَانَ مَعَكَ مَلَكٌ يَرُدُّ عَنْكَ فَلَمَّا رَدَدْتَ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ وَقَعَ الشَّيْطَانُ فَلَمْ أَكُنْ لِأَقْعُدَ مَعَ الشَّيْطَانِ ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ ثَلَاثٌ كُلُّهُنَّ حَقٌّ مَا مِنْ عَبْدٍ ظُلِمَ بِمَظْلَمَةٍ فَيُغْضِي عَنْهَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا أَعَزَّ اللَّهُ بِهَا نَصْرَهُ وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ عَطِيَّةٍ يُرِيدُ بِهَا صِلَةً إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ بِهَا كَثْرَةً وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ يُرِيدُ بِهَا كَثْرَةً إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا قِلَّةً

“Ada seorang laki-laki mencela Abu Bakar sedangkan Nabi SAW duduk, dan baginda takjub dan tersenyum. Ketika Abu Bakar mulai membantah perkataan lelaki tersebut Nabi SAW marah, dan ketika Abu Bakar menambah bantahannya, Baginda berdiri. Abu Bakar kemudian mendekati Rasulullah SAW seraya berkata; “Ya Rasulullah, ketika lelaki tadi mencelaku, engkau hanya duduk diam, namun ketika aku membantah sebahagian perkataannya engkau berdiri dan marah”. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya ada malaikat bersamamu yang membelamu, maka ketika engkau membantah sebahagian dari perkataannya, syaitan mula datang, maka aku tidak mau duduk bersama syaitan.”

Baginda kemudian bersabda: “Wahai Abu Bakar, ada tiga hal yang menjadi hak seorang hamba;

1. Tidaklah seorang hamba dizalimi dengan suatu kezaliman lalu ia serahkan semuanya kepada Allah, kecuali ia akan memberikan kemenangan,

2. Tidaklah seseorang membuka pintu kedermawanannya yang dengannya ia dapat menyambung hubungan silaturahim kecuali Allah akan melimpahkan harta untuknya, dan

3. Tidaklah seseorang membuka pintu permintaan yang dengannya ia berharap untuk mendapatkan limpahan harta kecuali Allah ‘azza wajalla akan jadikan ia kekurangan.” (HR Ahmad No: 9251)

Pengajaran Dan 5 Hikmah Bersabar :

1. Dijaga Oleh Malaikat

Orang yang bersabar walaupun ia dimarahi dan dicela oleh orang lain, malaikat akan sentiasa bersama untuk membela dan menjaganya.

2. Syaitan Bersama Orang Yang Tidak Bersabar

Orang yang tidak sabar dan turut sama membalas celaan orang lain terhadapnya, syaitan akan menjadi pendampingnya

3. Allah Memberikan Kemenangan Kepada Orang Bersabar

Orang yang dizalimi oleh orang lain, sedangkan dia berserah kepada Allah, Allah SWT akan memberikan kemenangan kepadanya

4. Allah Akan Melimpahkan Hartanya

Orang yang pemurah, mendermakan hartanya untuk mengikat silaturrahim, Allah akan melimpahkan harta ke atasnya

5. Allah SWT Menarik Balik Nikmat Kekayaan 

Orang yang meminta dengan harapan mendapat limpahan harta daripada orang lain, Allah akan mengurangkan atau memiskinkannya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/