5 Jenis Air Bahaya Diminum

sn-water-purification
Air

Air

Air adalah satu keperluan yang paling penting dalam tubuh badan kita. 8 gelas sehari yang disyorkan untuk memenuhi keperluan kita sehari. Tetapi dalam keadaan tertentu ianya juga boleh menjadi racun kepada badan manusia. Tanpa air badan manusia akan cepat mengalami keletihan dan dehidrasi akibat daripada kurangnya bendalir dalam badan yang hilang kerana berpeluh melakukan aktiviti senaman dan kerja-kerja berat yang lain.

Namun ada kalanya air menjadi bahaya bila diminum secara berlebihan daripada keperluan tubuh badan dan juga ada beberapa jenis air yang bahaya untuk diminum oleh manusia atas beberapa faktor yang telah dikenalpasti oleh para doktor. Ada yang berfikiran ianya tidak logik tetapi kenyataan ini harus ditelan kerana pada zaman sekarang kerana apa yang dibekalkan terus ke rumah kita adalah yang telah dirawat bukannya dari punca yang betul-betul bersih dan semulajadi. Air yang dibekalkan ke rumah kita melalui paip telah melalui beberapa siri penapisan juga dicampur dengan klorin untuk meneutralkan dan menyah bau yang kurang enak.

Berikut di bawah ini admin senaraikan 5 jenis air yang bahaya untuk diminum oleh manusia atas beberapa faktor.

1. Dimasak Dan Dijerang Semula

Ini selalu berlaku, sisa air yang sudah dimasak, dimasak kembali bagi kerana inginkan air yang panas. Perlakuan ini akan mengakibatkan kandungan nitrit dalam bendalir atau cecair tadi bertambah.

2. Tidak Dimasak

Air yang tidak diamasak tidak sesuai untuk diminum kerana ia masih mempunyai klorin. Klorin mampu menghilang zat yang terdapat di dalam bendalir atau pun cecair.

3. Air Mati

Air mati adalah yang telah disimpan dalam tempoh yang terlampau lama dan tidak digunakan atau diminum. Ia akan mengakibatkan melambatkan proses pembesaran sel metabolisme kanak-kanak, dan mempercepatkan proses penuaan.

4. Dibiarkan Mendidih Terlalu Lama

Mendidihkan dengan terlalu lama ia akan mengakibatkan penambahan kalsium magnesium atau kandungan logam lain dan nitrit. Ianya bahaya jika diminum kerana akan mengakibatkan gangguan pada fungsi usus.

5. Lebihan Kukusan

Minum air jenis ini akan mengakibat perubahan patalogis pada sistem pencernaan, saraf, dan penghasilan darah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/