5 Jenis Kerosakan Kuku

Kerosakan Kuku
Kerosakan Kuku

Kerosakan Kuku

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kerosakan kuku kita bermasalah dan kelihatan lesu dan tak cantik. Rasanya ramai yang tak tahu atau buat tak endah… Hmm.. bila dibiarkan masalah tu berlarutan, lama-kelamaan kuku akan hilang serinya… Korang pun tentunya dah maklum bahwa kesan perubahan pada kerosakan kuku nie lazimnya juga kerana terlalu banyak sangat minum ubat-ubat tertentu. Satu lagi punca utama ialah sebab terlalu banyak sangat merokok.

Selain itu, ada juga yang kata kalau selalu sangat pakai cat kuku lebih-lebih lagi yang taruk varnis tu terus-menerus.. hmmm… akan juga menyebabkan hilang kesegarannya dan kerosakan kuku. So, eloklah beri masa pada kuku tu untuk berehat.. biar kena cahaya matahari sikit..

Okey, ini ada 5 jenis kerosakan kuku dan perubahan kuku dan antara sebab-sebab terjadinya perubahan tersebut…

1. Kuku Berbintik-Bintik Putih

Kelainan yang tumbuh pada kuku tetapi selalunya bukanlah satu penyakit! Selalunya disebabkan oleh kecederaan pada dasar kuku. Warna putih pada kuku tu dikatakan terjadi kerana terdapat udara dalam zat tanduk kuku. Selalunya bila kuku tu terus bertumbuh, tanda putih tu akan hilang sedikit demi sedikit.

2. Kuku Tanduk

Kuku yang kelihatan sangat tebal dan keras. Bahagian tepinya pecah-pecah dan warnanya kuning atau hijau atau kecoklatan. Punca yang biasa ialah sebab pertumbuhan kuku yang terhalang kerana memakai kasut yang ketat atau terlalu sempit.

3. Kuku Yang Kering Dan Rapuh

Biasanya sebab kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Selain tu mungkin kerana terlalu kerap  terendam dalam air sejuk atau panas. Untuk merawat kerosakan kuku kenalah banyakkan makan makanan yang mengandungi zat-zat yang disebutkan. Perlu juga kerap mengurut kuku dan jari-jemari tu dengan krim pelembap.  Satu petua yang boleh dicuba untuk memulihkan kembali kecantikan kuku tu ialah cuba amalkan sapu kuku dengan minyak zaitun. Biarkan selama setengah jam sebelum membersihkannya kembali. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

4. Kuku Yang Halus Dan Lemah

Selalunya kerosakan kuku disebabkan ‘gen’ atau keturunan. Tapi boleh juga terjadi kerana penggunaan pembersih kuku yang kuat sangat kesannya. Selain tu, boleh juga berpunca kerana terlalu lama berendam dalam air.  Untuk merawatnya, kenalah banyak makan makanan yang mengandungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi.

5. Terkopek Mendatar

Mungkin kerosakan kuku berpunca kerana keturunan. Lazimnya juga terjadi kerana kekurangan vitamin B atau luka pada kulit ari atau dasar kuku. Oleh itu, kena banyak mengambil makanan mengandungi vitamin B.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/