5 Jenis Vitamin Baik Untuk Kulit

Vitamin
Vitamin

Vitamin

Tahukah anda bahawa vitamin juga terkandung dalam produk kecantikan? Ya, sapuan produk penjagaan kulit di wajah yang sarat dengan nutrien bertindak seakan nutrisi yang dibekalkan dari luar, seterusnya membangkitkan lagi seri. Ketahui jenis vitamin yang baik untuk kulit anda. Umum mengetahui bahawa teknik penjagaan kulit tidak hanya terbatas pada produk penjagaan wajah, tetapi juga gaya hidup sihat seperti senaman, tidur yang mencukupi dan tabiat pemakanan berkhasiat termasuklah makanan tambahan.

Baiklah, artikel kali ini admin ingin kongsikan 7 jenis vitamin baik untuk kulit anda.

1. Vitamin A
Jika anda mahu menghentikan usia dan inginkan wajah tampak muda remaja, Vitamin A berkesan dalam melawan kedutan dan melicinkan noda kasar di muka melalui teknik pengelupasan. Ianya boleh didapati dalam krim malam dan losyen. Ubi kayu, lobak dan ikan tuna merupakan pilihan makanan yang kaya nutrien.

2. Vitamin B3
Terbukti berkesan dalam mengurangkan kemerahan kulit serta pigmentasi dan mengurangkan bintik hitam. Vitamin B3 yang kebiasaanya boleh didapati dalam produk seperti krim atau losyen wajah dan serum meningkatkan pengeluaran sel ceramide dan asid lemak yang merupakan komponen utama dalam melindungi kulit secara luaran. Menurut kajian yang dijalankan di Australia, pengambilan secara berterusan sehingga setahun mampu mengurangkan risiko kanser kulit. Masukkan daging ayam dalam menu seharian kerana ianya penuh dengan khasiat.

3. Vitamin C
Kandungan Vitamin C kebiasaanya boleh didapati di dalam produk pelembap. Ianya berkesan untuk melawan noda di wajah seperti jeragat, kedutan serta bertindak sebagai ejen anti penuaan. Kulit juga ternyata lebih licin dan lembut. Melalui pemakanan pula, buah betik, strawberi, nanas dan brokoli adalah pilihan yang sarat Vitamin C selain dari oren. Pengambilan makanan kaya vitamin ini dikatakan menambah keberkesanan pelindung sinar yang disapu pada kulit dengan mengurangkan kerosakan sel akibat cahaya matahari yang panas dan juga membantu dalam penyembuhan luka badan.

4. Vitamin E
Vitamin ini berkesan dalam membekalkan kelembapan pada kulit dan juga bertindak dalam melawan sinaran UV. Ianya boleh didapati dalam produk pelindung sinar. Sebuah kajian yang dijalankan mengatakan jika ianya disapu pada kulit membantu mengurangkan kekeringan, kemerahan serta bengkak akibat pendedahan sinaran UV. Ianya turut menghalang proses penuaan kulit pra-matang. Kekacang, avokado dan sayur bayam adalah antara makanan yang sarat punyai banyak khasiat untuk kesihatan manusia.

5. Vitamin K

Masalah lingkaran hitam di bawah mata boleh dirawat dengan pengambilan vitamin ini melalui sapuan krim mata yang kebiasaannya terkandung Vitamin K. Ianya turut berkesan dalam menghilangkan parut malahan digunakan secara meluas oleh pakar perubatan untuk merawat pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan. Sapuan krim yang mengandungi Vitamin B3 juga boleh merawat kulit kusam tidak sekata. Sayur kale, daun basil dan asparagus punya khasiat tinggi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/