5 Karakter Buruk Di Pejabat

Karakter Jahat Di Pejabat
Karakter Jahat Di Pejabat

Karakter Jahat Di Pejabat

Karakter buruk di pejabat adalah orang-orang atau rakan sepejabat yang harus anda berhati-hati dan meletakkan batas untuk bergaul dengan mereka yang mempunyai karakter buruk ini. Orang yang mempunyai karakter buruk adalah orang yang mempunyai niat yang tidak baik, cemburu, iri hati dan ingin melihat orang lain jatuh.

Kita bekerja di sesuatu organisasi bukan hanya untuk jangka masa yang pendek setakat sebulan dua, tapi kalau kena dengan gayanya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stres sangat nak bekerja.

Tetapi ada 5 jenis rakan sekerja yang mempunyai karakter buruk yang perlu anda jauhi. Mari lihat ciri-ciri di bawah ini.

1. Kaki Gosip
Golongan yang punyai karakter buruk yang paling ramai dalam setiap syarikat adalah si kaki gosip. Kerja dah lah berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya.

2. Kuat Ponteng Kerja Dan Pemalas
Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang punyai karakter buruk pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.

3. Si Busuk Hati
Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dikalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka yang punyai karakter buruk busuk hati ini, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikata orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.

4. Kaki Kipas
Ini lagi satu jenis orang yang punyai karakter buruk yang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.

5. Pinjam Duit Tak Ganti
Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunya masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai karakter buruk melalui sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/