5 Karakter Cincin Di Jari

Si Pemakai Cincin Di Jari
Si Pemakai Cincin Di Jari

Si Pemakai Cincin Di Jari

Cincin di jari mencerminkan karakter dan personaliti si pemakainya. Siapa suka pakai cincin di jari? Berapa banyak cincin yang korang ada dan berapa pula yang kerap dipakai? Mungkin satu, mungkin dua yang sering bertukar-tukar di jari atau mungkin tak pakai langsung… cincin kahwin yang mahal tu disimpan jer dalam laci.. ahaks…

Cincin di jari yang disarung bukan saja bertujuan untuk menjadi penghias, malah cara pakai cincin di jari pun dikatakan mencerminkan personaliti kita. Betul atau tidak ‘telahan’ yang dijalankan nie, hanya si pemakai cincin jer yang boleh tentukan. Yang admin PB tahu, orang-orang politik memang suka pakai cincin di jari mereka… dan cincin di jari mereka tu pula orang cakap bukan sekadar pelengkap jari di tangan ahli politik nie, ada isi katanya…. diisi oleh bomoh-bomoh yang handal…!

Okey, sebelum lebih banyak admin melalut, dikongsikan dibawah ini 5 karakter atau personaliti si pemakai cincin di jari..

Cincin Di Jari Dan Kenali Karakter Si Pemakainya

1. Ibu Jari
Seseorang yang memakai cincin di ibu jari dikatakan mencerminkan kehendaknya yang ingin menguasai situasi biarpun sanggup berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan.

2. Jari Kelingking
Orang yang suka pakai cincin kat jari kelingking mencerminkan keperibadian yang lebih menjurus kepada hal-hal berkaitan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan.

3. Jari Telunjuk
Orang yang suka pakai cincin di jari telunjuk, dikatakan seorang yang suka menguasai dan ‘be in control’. Dia sangat gemar dan impikan kuasa untuk menjadi pemimpin.

4. Jari Hantu
Seseorang yang lebih gemar memakai cincin di jari hantu menunjukkan dia seorang yang selalu mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan kesejahteraan dan kedamaian.

5. Jari Manis
Menunjukkan dia seorang yang berminat terhadap hal-hal berkaitan percintaan.

Walau apa pun karakter anda yang sebenar dan tidak menyamai ape yang admin nyatakan di atas itu hanyalah kajian secara rambang sahaja tetapi jika ada persamaan mungkin itu hanya sekadar suratan dan kebetulan. Macam bunyik tajuk lagu la pulak.. Hiks.. Hmmm…. kat mana lagi yang biasanya orang pakai cincin? Kat jari kaki… ahaks…!

Memakai Cincin Di Jari Menurut Hukum Syarak

Imam Nawawi menyatakan bahawa para ulama sepakat bolehnya memakai cincin di jari tangan kanan atau pun di jari tangan kiri. Tidak ada disebut makruh di salah satu dari kedua tangan tersebut. Para ulama cuma berselisih pendapat saja manakah di antara keduanya yang afdhal. Kebanyakan salaf memakainya di jari tangan kanan, kebanyakannya lagi di jari tangan kiri. Imam Malik sendiri menganjurkan memakai di jari tangan kiri, beliau memakruhkan tangan kanan. Sedangkan ulama Syafi’iyah yang shahih, jari tangan kanan lebih afdhal kerana tujuannya adalah untuk berhias diri. Tangan kanan ketika itu lebih mulia dan lebih tepat untuk berhias diri dan juga sebagai bentuk kemuliaan. Lihat Syarh Shahih Muslim, 14: 66.

Kesimpulannya

Jari tangan yang terbaik untuk memakai cincin bagi laki-laki adalah jari kelingking pada tangan kiri. Adapun jari yang terlarang (makruh) dipakaikan adalah jari tengah dan jari telunjuk. Sedangkan jari manis, masih boleh dikenakan. Adapun untuk wanita, bebas memakai di jari mana saja. Wallahu a’lam.

Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/