5 Kebaikan Bercumbu

Bercumbu

Bercumbu

Bercumbu

Bercumbu mampu membuatkan pasangan bertenaga dari segi mental dan fizikal. Ramai yang bersetuju sekiranya kami mengatakan, ciuman merupakan sesuatu yang jauh lebih intim dan istimewa berbanding dengan hubungan seks.

Dan apakah perbezaan diantara bercumbu dan bercium? Pasti masing-masing ada pemahaman yang berbeza dan apa yang pasti dua perkataan yang berbeza namun mempunyai maksud yang sama dan admin maksudkan tadi jelas untuk pasangan yang sudah berkahwin. Untuk pasangan yang bercinta jangan pula terpengaruh dengan artikel admin berkenaan bercumbu ini. Pastikan hubungan anda dan pasangan halal baru boleh pratikkan atau amalkan demi kebahagiaan rumahtangga.

Berikut dibawah ini ialah 5 kebaikan bercumbu yang perlu anda tahu.

1. Kesihatan Oral

Menurut majalah Dental Health, ciuman atau bercumbu dapat menambahkan pengaliran air liur yang mampu membuatkan mulut, gigi dan gusi kekal sihat. Oleh kerana ianya meningkatkan daya tahan badan, dengan aktiviti bercumbu juga jangkitan pada mulut juga dapat dielakkan.

2. Meningkatkan Daya Imun

Kajian oleh jurnal Medical Hypotheses mengatakan ciuman mampu meningkatkan daya imun wanita mengandung, menghalang jangkitan virus Cytomegalo yang boleh menyebabkan anak yang dikandung buta atau cacat. Bercumbu juga dikatakan boleh memperkasakan pertahanan badan.

3. Bakar Kalori

Ciuman atau bercumbu mampu membakar 6 kalori seminit. Mengikut kiraan, sekiranya anda dan pasangan bercumbu selama sejam, anda boleh membakar kalori segenggam coklat yang anda makan pada waktu makan tengah hari. Percaya atau tidak itulah fakta yang tidak boleh dinafikan.

4. Menguatkan Otot Muka

Kepada yang mahukan muka yang berbentuk V, bercium atau bercumbu dengan pasangan adalah salah satu cara untuk mendapatkan wajah yang lebih langsing. Menurut penyelidik, anda menggunakan 30 otot wajah ketika bercumbu dan ini mampu menguatkannya sekali gus membantu anda membuat senaman muka.

5. De-stress

Menurut kajian saintifik, ciuman atau bercumbu mampu meningkatkan tahap Oxytocin, iaitu enzim penenang semula jadi di dalam badan serta Endorphins, enzim kegembiraan semula jadi badan dan Dopamine yang menambahkan perasaan romantis terhadap pasangan. Kesemua enzim ini mampu membuatkan anda melupakan segala tekanan yang dialami.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/