5 Kebaikan Berjalan Kaki

Berjalan Kaki
Berjalan Kaki

Berjalan Kaki

Kenapa berjalan kaki baik untuk kesihatan? Jika sukar untuk anda berikan komitmen sepenuhnya kepada rutin senaman atau ke gimnasium, ada cara mudah untuk anda keluarkan peluh adalah dengan memaksimakan langkah iaitu semudah dengan berjalan kaki.

Tambah durasi berjalan kaki dalam sehari seperti parkir kenderaan lebih jauh dari destinasi, naik turun tangga, ringankan tulang berjalan ke meja rakan sepejabat berbanding menelefon atau tawarkan diri untuk hantarkan pekeliling pejabat adalah antara cara mudah untuk lebihkan langkah berjalan kaki.

Selain itu, jadikan rutin berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan dan berjalan keliling shopping mall juga boleh dikira (tetapi anda sukar berpeluh oleh kerana penghawa dingin).

Artikel kali ini admin senaraikan mengapa berjalan kaki juga baik untuk kesihatan dan kebaikannya untuk tubuh secara keseluruhan untuk tubuh badan manusia.

1. Baik Untuk Imunisasi Badan

Dengan hanya berjalan kaki selama 45 minit lima kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan demam selesema. Sesi berjalan kaki yang menggalakkan aliran darah yang sihat membantu sel darah untuk melawan virus dan bakteria dengan lebih cepat dan berkesan.

2. Baik Untuk Tulang

Secara tidak langsung, berjalan kaki menggalakkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Dan aktiviti berjalan kaki juga turut membantu menguatkan sendi serta mengukuhkan saraf.

3. Baik Untuk Otak

Berjalan kaki meningkatkan kadar endorfin dalam otak, ia adalah kimia “gembira” yang boleh membuat anda rasa kurang stres dan hilangkan rasa lesu. Menurut laporan kajian di sebuah universiti, mereka yang kemurungan mendapati diri lebih tenang dan ceria hanya selepas berjalan santai selama 10 minit.

4. Baik Untuk Kulit

Seperti semua senaman kardio, berjalan kaki membuatkan jantung aktif dan memperbaiki aliran darah. Jadi apabila aliran darah baik, kulit yang juga organ terbesar pada tubuh menerima darah yang kaya nutrien untuk kesihatan optimum.

5. Baik Untuk Jantung

Hanya 30 minit berjalan lebih dari tiga kali seminggu akan menurunkan tekanan darah. Rutin berjalan mampu untuk mengurangkan kebarangkalian penyakit jantung bagi wanita dan sama efektif dengan senaman harian.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/