5 Kebaikan Coklat

Kebaikan Coklat
Kebaikan Coklat

Kebaikan Coklat

Coklat adalah makanan yang sangat bagus untuk wanita meredakan sakit senggugut dan masalah datang haid yang tak menentu. Bagaimanakah coklat dapat membantu? Sedangkan umum tahu banyak keburukan coklat ini kepada kanak-kanak kerana kemanisannya boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Adakah anda merupakan penggemar coklat. Pasti anda nak tahu apa rahsia di sebalik kebaikannya. Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja. Malah ianya juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi tindakbalas kimia pada otak. Dan zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri seseorang individu.

Antara 5 kebaikan coklat kepada manusia adalah:

1. Perlindungan Sinar UV 

Kulit dan mata menghadapi bahaya sinaran UV matahari. Bahan ‘Flavonoid’ di dalamnya memastikan anda dilindungi UV. Ianya harus dimakan secara sederhana kerana mempunyai kandungan kalori dan gula yang tinggi, serta berlemak. Oleh kerana coklat hitam mengandungi lebih banyak koko dan gula yang kurang daripada coklat susu, jadi penggunaan coklat hitam lebih bermanfaat.

2. Mengurangkan Risiko Penyakit Strok

Makan coklat banyak faedahnya. Ia mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam badan, juga menjauhi  kita daripada penyakit jantung, diabetes serta mempunyai antioksidan yang tinggi. Menurut satu kajian, sesiapa yang ada sejarah penyakit strok, ianya boleh mengurangkan kejadian strok kepada 20% mengikut kajian pakar perubatan dan pemakanan.

3. Membuatkan Rasa Gembira Dan Cinta

Coklat juga mengandungi ‘phenylethylamine’ yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan ‘dopamine yang’ akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan yang boleh digunakan, mengapa ianya sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

4. Penjagaan Kecantikan

Kebaikan lain daripada makanan ini adalah kecantikan. Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal. Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

5. Tinggi Kandungan Serat Dan Fiber

Dengan makan coklat boleh membuatkan anda kenyang. Bayangkan anda dalam diet, anda mengidam KFC, ‘fried fries’, ‘wedges’, tetapi masih boleh memakannya. Situasi ini membolehkan anda berasa kenyang dan tidak ingin akan makan ‘junk foods’ atau fast food serta berusaha menjauhinya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/