5 Kebaikan Kahwin Awal

Kahwin Awal
Kahwin Awal

Kahwin Awal

Kahwin awal bukan sahaja dapat mengelakkan diri daripada perlakuan maksiat tetapi juga dapat memberikan peluang anak muda untuk hidup berdikari bersama teman hidupnya menghadapi dunia yang penuh cabaran diluar sana.

Memandangkan ramai di antara rakyat Malaysia kini terlalu mementingkan kerjaya, perkahwinan dan membina keluarga bukanlah menjadi keutamaan mereka. Zaman mak bapak kita dahulu kahwin awal adalah perkara biasa dan ramai wanita berkahwin seawal usia 16 tahun, kini umur 28 masih dikira terlalu awal untuk berkahwin. Jangan difikirkan soal rezeki kerana bukan kita yang mengaturkannya cuma kita perlu berusaha, bekerja keras, berdoa dan tawakal kepada Allah SWT agar dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya.

Untuk itu, admin ingin menyenaraikan 5 kebaikan kahwin awal yang mungkin boleh membuatkan anda terdetik untuk berumahtangga di usia muda.

1. Bersara Awal

Tidakkah anda terfikir sekiranya anda kahwin awal seawal umur 20-an dan sudah mula menimang cahaya mata, ketika anda berusia 40-an, anak anda sudah mula bekerja. Anda sudah boleh bersara awal. Hidup lebih bermakna apabila anda sempat menyaksikan anak anda meneruskan tradisi anda dengan kahwin awal dan menimang cucu atau mungkin cicit. Anda dan anak anda juga kelihatan seperti adik beradik! Bukankah itu sesuatu yang baik?

2. Faktor Kesuburan dan Anak

Sekiranya anda berkahwin selepas umur 30-an, tahap kesuburan anda, tidak kira lelaki atau wanita, akan merosot. Bagi wanita, risiko untuk melahirkan anak setelah usianya meningkat menjadi semakin tinggi. Menurut kajian, faktor umur seseorang ibu turut mempengaruhi tahap kebijaksanaan dan kesempurnaan seseorang anak.

3. Tidak Membuang Masa

Tanya diri anda, dalam setahun, berapa ramai koleksi bekas kekasih yang anda ada? Ataupun berapa lama anda sudah bersama dengan kekasih sehingga kini? Berapa kerap dalam seminggu anda keluar tanpa arah tuju bersama dengan rakan anda yang masih bujang? Bayangkan sekiranya anda sudah berkahwin, pasti kehidupan anda jauh lebih teratur dan mungkin anda sudah mempunyai anak yang menjadikan perjalanan hidup anda lebih bermakna.

4. Mematangkan

Mesti ramai yang bersetuju apabila admin menyatakan kahwin awal boleh mematangkan seseorang. Ia memberikan anda tanggungjawab baru dan anda akan seboleh-bolehnya cuba untuk memenuhi komitmen baru anda. Menjadi lebih bertanggungjawab dan komitmen merupakan di antara faktor seseorang itu cepat matang.

5. Lebih Stabil

Ramai yang menunggu untuk menjadi lebih stabil dari segi kewangan sebelum mendirikan rumahtangga. Namun begitu, tidakkah anda fikir, kahwin awal dan perkahwinan itu sendiri yang membuatkan ekonomi anda menjadi lebih stabil kerana orang yang kahwin awal biasanya murah rezeki. Dengan kehadiran orang baru di dalam diri anda, pasti anda akan bekerja lebih keras untuk memastikan kehidupan anda sekeluarga menjadi jauh lebih baik daripada sebelumnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/