5 Kebaikan Mayonis

Khasiat Mayonis
Khasiat Mayonis

Khasiat Mayonis

Pasti ramai yang tahu apa itu mayonis. Selain sering menjadi pelengkap makanan seperti salad, mayonis juga boleh digunakan untuk campuran masakan dan bahan untuk kuih-muih ataupun biskut. Telah terbukti penggunaan mayonis cukup bermakna di dapur! Mayonis diperbuat menggunakan kuning telur yang dipukul dengan minyak.

Kemudian ditambah pula dengan bahan-bahan lain seperti air perahan jus lemon ataupun herba lain. Biarpun mayonis mungkin dianggap tidak sihat kerana kandungan lemaknya yang tinggi, tetapi kadar proteinnya yang banyak sangat berguna untuk kecantikan rambut dan kulit.

Diambil daripada sumber Medical daily, berikut adalah kebaikan mayonis untuk kecantikan kita.

1. Mencerahkan Kulit Wajah

Bagi yang ingin berjimat, anda boleh cerahkan kulit dengan masker mayonis. Masker mayonis akan membantu pengelupasan sel kulit mati sehingga kulit akan kelihatan sihat bersinar. Campurkan ½ sudu makan madu asli ke dalam mayonis. Kemudian masukan 1 sudu makan perahan lemon, dan kacau sebati bersama mayonis dan madu. Lemon juga terkenal dengan khasiatnya, perawatan sempurna untuk kulit kombinasi (kering sekaligus berminyak), kerana boleh mengecilkan ukuran pori-pori pada kulit wajah. Setelah ketiga-tiga bahan itu berbaur sebati, sapukanlah pada kulit wajah anda. Biarkan selama 20-25 minit, kemudian basuh dan bilas sebersihnya dengan air suam.

2. Membunuh Kutu

Apapun yang berbahan cuka boleh membantu membunuh kutu kepala, begitu jugalah dengan mayonis. Sapukan ke kulit kepala. Anda tidak hanya membantu membunuh kutu rambut, tetapi juga melembutkan rambut. Ia seolah-olah menjadi perapi rambut.

3. Melembutkan Kutikel Kering

Mayonis boleh digunakan untuk kuku hingga ke seluruh tangan. Kemudian bungkus dalam kain cotton atau gunakan sarung tangan cotton. Urut-urut sedikit. Ini membantu menguatkan kuku anda.

4. Mencantikkan Rambut

Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan sihat. Gunakan mayonis sebagai masker rambut atau tambahkan nutrisi di dalamnya. Gunakan secukupnya sahaja, sapu dari akar hingga ke hujung rambut. Kemudian berikan selama satu jam. Setelah itu, cuci rambut seperti biasa. Lakukan seminggu sekali dan ia membantu mengembalikan kelembaban rambut yang rosak, terutama jika anda terdedah kepada cahaya matahari di tepi kolam renang atau pantai.

5. Kulit Mati Pada Kaki Yang Mengelupas

Sebahagian daripada kita lebih suka berkaki ayam atau hanya memakai sandal ketika di tepi pantai. Ini menyebabkan kulit mati dan membentuk kulit kasar pada kaki. Untuk itu, sapukan mayonis pada seluruh kaki, kemudian gunakan stokin daripada material cotton, dan masukkan kedua belah kaki anda dalam karung plastik. Dengan cara ini mayonis tidak akan terkeluar dan mengotori lantai.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/