5 Kebaikan Menyusu Bagi Ibu

Ibu Menyusu Badan

Ibu Menyusu Badan

Ibu Menyusu Badan

Zaman sekarang ramai ibu muda semakin kurang menyusu bayi mereka kerana memberi alasan kekurangan susu badan dan sibuk bekerja. Namun itu bukanlah satu alasan kerana hak menyusu adalah hak mutlak bayi. Dalam Islam ibu dituntut menyusu atau memberi bayi mereka susu badan sejak lahir sehingga berumur 2 tahun. Bergantung kepada tahap kesihatan ibu itu sendiri.

Ramai wanita sudah jelas mengenai kebaikan susu ibu namun begitu, akibat kesibukan, setelah habis berpantang, ramai yang menghentikan aktiviti menyusu badan bayi mereka. Mungkin selepas membaca kebaikan susu ibu untuk si ibu sendiri, pasti ramai wanita yang mula mahu terus mengamalkan menyusu badan kepada anak-anak mereka.

1. Membakar Kalori

Menurut kajian, apabila ibu menyusu badan bayi mereka, aktiviti ini mampu membakar 500 kalori sehari. Bagi wanita yang mengamalkan penyusuan badan, tubuh badannya akan kembali ke bentuk asal dengan cepat atau semakin cantik kerana proses penyusuan badan mampu membakar lemak si ibu.

2. Mencegah Kanser

Wanita yang aktif menyusu badan kepada anak mereka boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, rahim dan osteoporosis. Ini kerana aktiviti menyusu badan membantu meningkatkan antibodi dan daya ketahanan tubuh badan mencegah penyakit dan membantutkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam tubuh badan.

3. Stabilkan Tekanan Darah

Setiap kali menyusukan anak, badan ibu akan merembeskan hormon oxytocin yang membantu stabilkan dan merendahkan tekanan darah sekali gus memberikan ketenangan kepada si ibu ketika menyusu badan anaknya. Dengan ini dapat mengelakkan para ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi dan hipertensi.

4. Kuruskan Badan

Hormon oxytocin turut membantu mengecutkan uterus ibu kepada saiz normal dan pada masa yang sama mengempiskan perut ibu dengan lebih cepat. Untuk para ibu yang sememangnya mempunyai bentuk tubuh badan yang agak berisi sedikit dengan menyusu badan bayi akan membantu menyusutkan berat badan sekaligus menguruskan badan.

5. Cegah Kehamilan

Kepada yang merancang keluarga, menyusu badan bayi melambatkan proses ovulasi sekali gus menghalang si ibu daripada mengandung. Buat sementara waktu anda tidak perlu mendapatkan suntikan implan untuk mencegah kehamilan atau pun mengambil pil perancang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/