5 Kebaikan Tidur Tanpa Bra

Kebaikan Tidur Tanpa Bra
Kebaikan Tidur Tanpa Bra

Kebaikan Tidur Tanpa Bra

Tidur tanpa bra adalah perkara yang perlu dilakukan oleh wanita untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan payudara mereka. Tidur juga merupakan satu aktiviti rutin yang dilakukan oleh setiap manusia untuk merehatkan fikiran dan tenaga yang dimiliki. Selain itu, tidur juga boleh setakat merehatkan otot, malahan tubuh juga mengalami perbaikan dan detoks (mengeluarkan racun).

Tidur juga turut memberikan kesempatan untuk sistem ketahanan tubuh mengeluarkan hormon-hormon ‘immunities’ (ketahanan tubuh). Tidur adalah waktu yang tepat untuk kaum wanita mengistirehatkan payudaranya dengan tidak memakai bra. Dalam erti kata lain, tidur tanpa bra!

Mari kita lihat beberapa kebaikan yang boleh anda perolehi apabila tidur tanpa bra:

1. Membantu Mengatasi PMS

Kebanyakan wanita akan mengalami Pre Menstruation Syndrome (PMS) setiapkali datang bulan. Pada waktu sebegini payudara wanita sangat sensitif, membengkak dan sakit. Tidur tanpa bra membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

2. Mengurangkan Iritasi

Memakai bra seharian boleh mengundang iritasi kulit di sekitar tali bra. Melepasnya selama beberapa jam sehari ketika tidur boleh memberikan ruang bagi kulit untuk bernafas dan mengurangkan risiko iritasi.

3. Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Ada alasan paling penting mengapa anda perlu tidur tanpa bra, iaitu boleh mengurangkan risiko terkena kanser payudara. Jadi, tidur tanpa bra merupakan salah satu cara paling mudah untuk mencegah anda daripada terkena kanser payudara.

4. Tidur Akan Jadi Lebih Lena

Bra biasa yang anda pakai disiang hari telah direka khas untuk menyokong payudara dan memberikan bentuk yang indah. Bra seperti ini biasanya ketat dan tegang sehingga tidak selesa apabila dikenakan ketika anda berbaring atau tidur. Mana-mana wanita yang tetap memakai bra yang ketat ketika tidur boleh mengalami kegelisahan dan tidurnya pun menjadi kurang lena.

5. Lebih Mudah Bernafas

Tidur tanpa bra ketika tidur membuatkan anda menjadi lebih mudah dan selesa untuk bernafas. Bahkan pernafasan anda juga menjadi lebih mudah kerana tidak dihalang oleh bra yang melingkar.

Tips Ekstra Petua Bahagia

Jika anda tetap ingin tidur dengan memakai bra, ada baiknya anda mempraktikan tips ini:

  • Gunakan bra yang longgar.
  • Gunakan bra daripada material yang sejuk.
  • Bukalah tali bra ketika tidur

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/