5 Keburukan Kencing Berdiri

Keburukan Kencing Berdiri
Keburukan Kencing Berdiri

Keburukan Kencing Berdiri

Tabiat kencing berdiri bagi lelaki adalah sesuatu yang normal tetapi harus diingat bahawa kencing berdiri ini tidak bagus untuk kesihatan dan juga kebersihan. Percikan air kencing ketika kita kencing berdiri tempias kena pada seluar, baju atau kasut tanpa kita sedari. Bagi lelaki Muslim adalah tidak sah jika anda menunaikan solat akibat daripada terkena tempias percikan air kencing kerana kencing berdiri tadi.

Membuang air kecil secara berdiri sudah menjadi kebiasaan kepada golongan lelaki. Malah di tandas-tandas awam, kemudahan untuk kencing berdiri disediakan bagi tujuan tersebut. Tetapi adakah golongan lelaki tahu, tabiat kencing berdiri adalah tidak baik untuk kesihatan.

Berikut dibawah ini admin kongsikan 5 keburukan atau kesan negatif akibat daripada tabiat kencing berdiri.

1. Lemah Nafsu Syahwat
Lemah nafsu syahwat adalah masalah yang digeruni oleh lelaki. Anda pastinya tidak mahu tewas ketika di ranjang dengan mudah bukan? Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jangan sesekali amalkan membuang air kecil dalam keadaan berdiri. Mengapa? Ia kerana posisi seperti itu akan menyebabkan otot serta urat saraf di sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.

2. Punca Masalah Sistem Badan
Ketika buang air kecil akan ada gas yang tidak diperlukan oleh tubuh yang akan keluar. Tetapi dalam posisi kencing berdiri, gas ini tidak akan keluar dan akan berkumpul dalam badan. Ia sekali gus akan menyebabkan pelbagai masalah sistem badan.

3. Tidak Suci
Buang air kecil dalam posisi berdiri menyebabkan kesucian anda terjejas terutama bagi mereka yang beragama Islam. Apabila anda kencing berdiri, air kencing tersebut tidak keluar sepenuhnya sebaliknya akan keluar tanpa disedari ketika anda bergerak dan biasanya akan terkena pada seluar. Dalam posisi berdiri juga menyebabkan percikan air kencing terkena pakaian anda.

4. Tidak Puas
Dalam posisi kencing berdiri, air kencing sebenarnya tidak keluar sepenuhnya. Ini kerana pundi kencing anda tidak ditekan dengan sempurna untuk mengeluarkan keseluruhan air kencing. Anda akan rasa tidak puas dan kerap ulang alik ke tandas untuk membuang air kecil pula. Sebab itu Islam menggalakkan orang lelaki yang buang air kecil berdehem sebanyak tiga kali untuk memastikan tiada lagi sisa air kencing yang tinggal sebelum mencuci kepala zakar.

5. Punca Penyakit Batu Karang
Tabiat ini antara lain menjadi punca kepada penyakit batu karang. Air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan membentuk asid yang keras seperti bentuk batu dan akan memenuhi buah pinggang dan saluran punci kencing. Ubah gaya buang air kecil anda sebelum terlambat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/