5 Keburukan Pakai Seluar Ketat

Keburukan Pakai Seluar Ketat
Keburukan Pakai Seluar Ketat

Keburukan Pakai Seluar Ketat

Anda penggemar memakai seluar ketat? Hati-hati! Terlalu kerap memakai jean ketat boleh mendatangkan impak buruk pada kesihatan. Biasanya ada yang memakai seluar ketat kerana ingin mengikut trend pemakaian sahaja, walaupun sudah tahu bahaya bila memakai seluar ketat ini. Menurut kandungan buku Al-Istanbuli (2006), seorang perempuan yang memakai pakaian ketat pada musim sejuk  dikatakan tidak mampu menghangatkan tubuh badannya.

Dr. Karen Boyle dari Pusat Kesihatan Greater Baltimore Amerika Syarikat, menjelaskan pemakaian seluar jean yang terlalu ketat boleh mendorong kepada penyakit saraf. Pada artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 keburukan pemakaian seluar ketat terutamanya kepada kaum wanita.

1. Risiko Sakit Saraf Meralga Paresthica

Ia dikenali sebagai Meralga Paresthica, penyakit yang merosakkan saraf itu menyebabkan individu sering berasa kebas, mati rasa dan sakit pada kaki. Rasa sakit itu berpunca daripada tekanan di bahagian peha.

2. Penyebab Kanser Melanoma

Tahukah anda di London, pemakaian pakaian ketat dalam tempoh lama boleh menyebabkan kanser melanoma, iaitu kanser kulit yang sangat berbahaya. Kanser ini biasanya bermula dengan tanda hitam pada kulit.

• Tanda hitam adalah sel pigmen abnormal (melanosit) yang muncul pada kulit.

• Ia penyebab terganggunya kesuburan perempuan (endometriosis), iaitu gangguan yang sering mengakibatkan gangguan kesuburan pada perempuan.

3. Menganggu Fungsi Rahim

Kesannya, ia membahayakan keadaan rahim wanita. Selain itu, perjalanan darah (pembuluh darah) juga akan terganggu.

4. Postur Pinggul Senget

Keadaan akan menjadi semakin kritikal sekiranya individu menggunakan jean ketat bersama tumit tinggi. Pemakaian seluar jean ketat dan kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama membuat postur pinggul menjadi senget sebelah kerana tekanan yang di alami.

5. Menghalang Pembiakan Sperma

Tidak hanya wanita, lelaki yang mengenakan jean terlalu ketat juga akan mengalami masalah kesihatan. Pada lelaki, pemakaian seluar jean ketat boleh meningkatkan dan menggalakkan pembiakan kulat selain mengurangkan penghasilan sperma.

Justeru, individu dinasihatkan untuk tidak kerap menggunakan seluar ketat kerana seluar ketat ini bukan sahaja boleh mendatangkan penyakit tetapi juga boleh mengundang kepada dosa. Itu sahaja perkongsian daripada kami untuk artikel ini.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/