5 Kerja Rumah Bakar Kalori

Kerja Rumah Bakar Kalori
Kerja Rumah Bakar Kalori

Kerja Rumah Bakar Kalori

Melakukan kerja rumah seperti mengemas dan membersihkan bilik pastinya memakan masa yang lama disamping dapat membakar kalori dan mengeluarkan peluh. Apatah lagi jika rumah yang ingin dikemas itu berkeluasan besar jadi anda tidak perlu memikirkan masa untuk pergi ke pusat gym untuk bersenam.

Memiliki tubuh badan yang sado yang diidamkan sememangnya mengambil masa yang lama. Malah, belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual di pusat gym melainkan anda mengetahui rahsia menurunkan berat badan dan membakar kalori paling cepat hanya ketika berada di rumah.

1. Memasak

Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh.

2. Mengemop

Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya melakukan kerja rumah dengan cara mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.

3. Membasuh Kereta

Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman. Membasuh kereta selama setengah jam membantu membakar 143 kalori. Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa ‘adegan’ seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!

4. Berkebun

Melakukan kerja rumah dengan aktiviti berkebun di laman rumah mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senaman squad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.

5. Membasuh Pakaian

Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144 dengan melakukan kerja rumah ini. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.

Hujung minggu anda mungkin lebih bermanfaat jika anda mula mengetahui bahawa melakukan kerja rumah boleh membantu bakar kalori anda? Jika dikumpul kesemua jumlah kalori yang dibakar, anda sudah boleh memiliki tubuh berotot tanpa anda sedar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/